Radsmil: Kereta Baru

Assalamualaikumm,

Alhamdulillah, ada juga masa mil untuk update entri baru dekat blog mil nie walaupun 3 bulan sekali baru ada masa update. Apakan daya nak cari masa sekarang pun susah, sibuk dengan macam-macam task dan projek.

Alhamdulillah sekali lagi, dah hampir setahun dah mil kerja di SESB, jadi adalah terfikir nak beli sebuah kereta untuk digunakan ulang alik ke tempat kerja. Ikut hati kalau kaya nak juga beli kereta mewah; ferari, limbo, bmw tapi dah tak mampu beli jelah kereta yang mampu mil beli. betul tak?

Hari sabtu lepas bersamaan dengan 12 September 2015, dapatlah mil memiliki sebuah kereta. Kereta nie memang dah jadi idaman mil sejak belajar diuniversiti lagi. Pertama kali kereta nie dilancarkan, memang terpikatlah walaupun ramai yang kata bentuknya macam kotak. Aduyaiiiiiiiiii.

Kereta yang mil beli tu, taadaaaaaaaaaaa. Proton Preve 1.6 Premium. Bangga mil dapat kereta nie. Hehe. Harap-harap dapatlah mil gunakan dengan baik untuk masa yang lama. Amin





;