Aku & Kerja


Assalamualaikum,

Lama pula tak sentuh blog mil nie, entri yang paling baru pun mil lupa bila tarikhnya. Alhamdulillah, mil dengan jayanya dah tamat probision kerja. 100% pekerja tetap di SESB Yeaaaa. Tak sangka, pejam celik dah masuk dah 8 bulan mil kerja di sini.

Kerja? Kalau mil search kat google definisi kerja ialah melakukan sesuatu secara sukarela, melalui arahan, cara paksaan dan mempunyai masa kerja yang tetap atau ditentukan. Sebenarnya banyak perkara baru yang mil mulai kenal dan rasa bila bekerja. Antaranya, cara kita menyesuaikan diri dengan persekitaran kerja seperti komunikasi, menjauhi politik dalam syarikat dan juga mmm...

Bekerja ditempat mil sekarang nie macam-macam perasaan yang mil hadapi; seronok, komitmen, sedih kalau kena marah dengan bos leee, dan dewasa kot walaupun mil nie ada perangai budak-budak lagi. Kalau dulu masa di sekolah, di kolej hinggalah ke universiti selalunya orang yang ajar mil. Sekarang nie, mil pula yang ajar orang. Kiranya, bagi latihan dengan user kalau sistem yang mil buat nak up ataupun dah siap, mil kan software developer HEHE. Pena juga kot mengajar masa kat U tapi kat sini yang uniknya tu kadang-kadang peserta yang turut serta dua kali ganda umur mil. Senang kata kalau di sabah kita orang panggil la beliau dan babu bai.

Mmm, tapi ada yang tak bestnya juga bekerja kalau makan gaji nie. iaitu POLITIK SYARIKAT, shhhhhhhhhhhh. Tempat mil kerja nie boleh dikatakan syarikat yang agak besar sebab pekerjanya kira-kira dalam 3ribu orang. Jadi, fahamlah kan bermacam perangai dan ragam manusia yang kita akan jumpa. Tapi rasanya kat mana-mana tempat makan gaji pun mesti ada benda macam nie. Nie pun mil kerja 8 bulan, mil dah kenal dah apa maknya politik syarikat tu sikit-sikit. Tu jelah kot benda yang mil tak suka bila makan gaji nie. Sebab kita akan jumpa manusia yang tidak pernah puas dan mementingkan diri. 

Tapi, yang penting jauh sekali mil nak dekat diri dengan benda-benda macam nie, rezeki yang kita dapat semua Allah yang bagi cuma kita kena usahalah dan kerja dengan betul. Insyaallah, bila kerja siap, otak senang, hati senang, makin sayang dengan seseorang, makan pun kenyang. Merepek.

Apapun, apa-apa kerja yang kita buat biarlah kita buat dengan ikhlas, jujur dan amanah. Insyaallah semua akan baik sahaja


Sekian

0 Orang Pengkritik:

;