Hari Konvokesyen Saya


Assalamualaikum,


Tarikh 22 November 2014 merupakan tarikh yang begitu bahagia dalam hidup mil. Disingkatkan, tarikh ini merupakan hari konvokesyen mil. Alhamdulillah setelah 4 tahun berjuang akhirnya segala usaha, titik peluh, dan liku-liku kehidupan di Universiti dibalas dengan segulung ijazah.

Sebenarnya, banyak cabaran yang mil tempuhi semasa dalam pengajian dan tidak kurang juga pengalaman indah dalam corak kehidupan bergelar mahasiswa. Kehidupan sebagai mahasiswa ini sebenarnya banyak mengajar mil, mengenali bermacam-macam jenis ragam manusia. Membuka mata mil, yang perbezaanya sangat jauh jika dibandingkan semasa berada di matrikulasi dan sekolah dulu.

Apapun, mil ucapkan terima kasih kepada ibu-bapa mil, guru-guru, pensyarah, serta rakan-rakan lain. Paling utama, kerana Allah masih memberikan mil peluang untuk mengembirakan ke dua ibu bapa mil. Mil dah, bagi adik-adik atau rakan-rakan yang masih dalam pengajian, berusaha bersungguh-sungguh.

Entri yang Pendek.



0 Orang Pengkritik:

;