AKHIRNYA BERGELAR WARGA SESB



Assalamulaikum,

Lama gila tak update entri di blog, nak hampir setengah tahun kot. Sebenarnya, di sini ada berita baik yang mil nak kongsikan. Senang cerita berita terbaik dalam hidup mil. Kahwin? Nop, bukan itu.

Alhamdulillah, mil dapat kerja dah. Yeaaaaahhhhhhhhhh. Penantian selama 6 bulan menganggur dengan tiap-tiap hari bagai nak rak, mohon sana mohon sini yang kadangkala tu rasa nak putus akhirnya terbalas juga. 

Sebenarnya, banyak ujian dan dugaan yang mil hadapi sepanjang menganggur. Sebelum nie pun mil bekerja, sebagai junior programmer di sebuah syarikat. Tapi, malangnya mil sakit. Kerja pun susah, macam mana nak kerja kalau sakit. KAN!!! Terpaksalah berhenti.

Malas nak cerita pasal itu, mungkin next entri kot. 

Dipendekkan cerita, mil dapat kerja di Sabah Electricity(SESB) sebagai juruanalisa sistem e12 (ikut gred TNB). Sedikit pengenalan tentang syarikat, SESB adalah sebuah syarikat yang menjana, menghantar, dan membekalkan elektrik kepada lebih kurang 361,400 pelanggan di Sabah. SESB dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sabah dan Tenaga Nasional Berhad.

Sebenarnya, mil gembira sangat dapat kerja nie. Masa temuduga tuu pun rasa nak kecut perut dan macam nak pulang rumah ja sebab saingan mil adalah orang-orang berpengalaman. Mil pula orang kata masih newbie lagi, al-maklumlah fresh graduate. Maybe luck seemed to be smiling on me. So, I got the job!

Yang paling best tuu gaji mmmmm lumayan la bro. Ehem, ikut gred gaji TNB. Cuba bayangkan. (Mungkin sama aku besar, sama orang lain kecil.. peduli apa pandangan orang..hehe) Tapi paling penting, ini adalah satu jalan yang Allah bagi kepada mil supaya dapat membantu keluarga mil. Alhamdulillah!!!

Apapun, harap-harap mil dapatlah kerja dan buat yang terbaik apabila berkhidmat di syarikat nie kelak. Tak nak lagi, macam dulu terpaksa berhenti separuh jalan. I'll try my best!

Insyaallah, 3 November 2014 nie lapor diri. Doakan ye!!!!

Wassalam.

0 Orang Pengkritik:

;