Kerja Pertama Sebagai Programmer

Assalamualaikum

Alhamdulillah, setelah bermacam-macam kerja mil mohon akhirnya termakbul juga doa mil untuk mendapat pekerjaan. Yang bestnya tu, kerjaya idaman yang mil dapat. Agak lama jugalah mil mencari, sebab bidang mil nie agak terhad pasarannya di Sabah . Almaklumlah, Sabah dipelopori oleh bidang seperti pelancongan dan perhotelan. 

     Menarik jugalah cara mil dapat kerja tu, nak kena interview dua kali baru dapat. Tapi nak cerita pasal interview kerja nie, kena konfiden kot. Sebab masa mil kena interview tu, 100% omputih, mil nie english tu pandai cakap tapi grammar pergggggggggghh hancur. Tapi tulah rezeki siapa yang tahu dan lagipun bos bukannya nak cari seorang guru enggeris. Lagi satu walaupun fresh graduate tapi skill tu kena ada, contohnya kerja yang mil dapat nie adalah sebagai seorang programmer. Sebelum nie, mil buat freelance programmer untuk syarikat dan individu. Jadi masa interview mil bagi tunjuklah hasil kerja yang mil pernah buat, kiranya yang memudahkan mil dapat kerja adalah disebabkan skill yang sudah sedia ada pada sistem yang pernah mil pernah buat. 

     Dipendekkan cerita, nama company tempat kerja mil nie bernama Ablenet System. Syarikat teknologi maklumat. Sebenarnya agak risau jugalah, sebab apa yang mil perhatikan 100% cina pekerjanya. Tapi bila fikir begitu nampak racist pula. Tak elok. Apapun, 3 Februari 2014, adalah tarikh keramat untuk mil, memulakan pekerjaan. Insyaallah, semoga sepanjang mil kerja sini dapatlah pengalaman yang luas untuk menjadi seorang PROFESSIONAL PROGRAMMER. amin

3 Orang Pengkritik:

;