Aku & Tinnitus

~Assalamualaikum~

HUHU HUHU, itulah sajalah yang mil boleh katakan sekarang nie. Dalam perkiraan, dah nak dekat sebulan telinga sebelah kiri nie berbunyi. Ngiiiiiiiiiiiiiiii iiiiiiiiiiiiiiii iiiiiiiiiiiiiiiiiiii, ahha begitulah bunyi dia. Setelah mil mengkaji di internet rupanya ianya dipanggil Tinnitus.

      Sedikit penerangan tentang TINNITUS, ia adalah satu keadaan di mana seseorang mengalami atau berperasaan ada bunyi aneh di dalam telinga sama ada berdering, berdengung, berdenyut atau apa-apa bunyi lain, seperti bunyi desiran angin yang ada kala susah ditafsirkan.

      Ia boleh berlaku disebabkan penyakit dalam telinga luar, telinga tengah, telinga dalam atau kerana keabnormalan dalam otak. Kebanyakan kes bukan masalah serius tetapi mendatangkan ketidakselesaan kepada sesiapa yang mengalaminya. (sumber myMetro)

      Bila benda nie dah makan masa yang lama, jadi mil ikhtiarkanlah berjumpa pakar ENT. Diagnos punya diagnos sebenarnya tak ada masalah pun telinga mil, tapi tinnitus nie mungkin berpunca dari tekanan darah mil yang agak tinggi. Alamatnya, lepas nie kenalah jaga pemakanan dan macam-macam lagi.

      Tapi Alhamdulillah mil dapat mengatasi masalah tinnitus nie dan tekanan darah pun dah tak tinggi sangat dah  tipsnya kenalah sentiasa mengawal stress dan banyakkan bersenam. Jalan kaki pun OK bah. Ini cara mil lah, yang mil gunakan. Kadangkala, tension juga bila telinga sebelah kiri ada bunyi. Tapi kena ingat semua ini adalah ujian dan peringatan, jadi kita terimalah dengan hati yang terbuka. INSYAALLAH.
;