Ujian Dari Allah

~Assalamualaikum~

Sejak akhir-akhir ini mil diuji dengan satu ujian yang agak berat pada mil. Kadangkala perasaan rasa putus asa dan hilang semangat memaksa mil untuk bertanya kepada Allah mengapa berat sungguh ujian yang diberikannya kali ini. Tapi bila diimbas semula dan difikirkan secara mendalam, rasa bersyukur itu timbul kerana ujian yang diberikan bukan mil hadapi seorang tetapi dibantu dengan sokongan dari ahli keluarga. Benarlah satu petikan dalam Al-quran yang menyebut bahawa ALLAH tidak akan sekali-kali menguji hambanya diluar kemampuan hambanya. ALLAH mengetahui kita kuat dalam menghadapi ujiannya, oleh kerana itu ALLAH memberikan ujian itu ke atas diri kita.

“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)

          Hakikatnya, tanpa kita sedari mungkin sahaja diluar sana ada lagi insan-insan yang ujiannya lebih berat daripada apa yang kita hadapi sekarang. Ada kalanya, sekarang ini ada insan-insan yang diuji dengan kehilangan orang yang tersayang. Tidak kurang juga ada manusia yang diuji apabila apa yang diingini dan diharapkan tidak terjadi dan diberi.

Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya: “Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)

          Sebenarnya, ujian yang diberikan Allah kepada kita adalah tanda sayangnya dia kepada kita. Bagaimana ujian itu sebenarnya melatih dan mendidik seseorang untuk menanamkan sifat sabar, redha, tawakal, baik sangka, serta mengakui dirinya sebagai hamba yang lemah dan berdosa. Mungkin selama ini banyak dosa yang mil sedar dan tak sedar lakukan dan kerana itu Allah memberikan ujian untuk menyedarkan mil. Mil redha dan terima dengan ujian yang diberikan Allah. 

          Oleh itu, bagi sahabat-sahabat yang mulai menyalahkan ujian yang diterima marilah kita sama-sama bermuhasabah dan menilai kembali segala  yang mungkin pernah bermain di fikiran kita saat kita diuji. Apabila kita benar-benar menyedari hakikat ini, maka insyaallah kita akan menjadi seorang hamba yang bersyukur dengan segala ujian yang diberi.

Alhamdulillah...



2 Orang Pengkritik:

;