Latihan Industri

~Assalamualaikum~ 

Akhirnya selesai pun tiga tahun di UMS, segala final year project dan peperiksaan habis sudah orang sabah kata. Rata-rata rakan-rakan mil dah balik kampung, siapalah yang tak nak balik awal kalau minggu depan dah bermulanya latihan industri. Bagi mil ini kali pertama menghadapi latihan industri, jadi perasaan teruja dan gementar memang sudah ada pada diri mil. Yalah, dulu mil masuk matrikulasi lepas tu masuk universiti. Manalah nak merasa LI masa tu.

      Dalam latihan industri nie, mil pratikal dengan sebuah syarikat komputer. Yalah dah bidang mil komputer takkan nak LI kat bidang perhotelan. Betul tak? tak masuk akal kot? Sebenarnya mil sedikit risau, sebab syarikat tu ramai orang non-bumi maknanya kat sini mungkin pertuturan yang mereka gunakan adalah lebih kepada bahasa inggeris kot. Hari tu masa temuduga, mati-mati kena cakap Inggeris. Hmmmm, dahlah inggeris mil nie sederhana sahaja. Almaklumlah, bahasa ke dua selepas bahasa melayu.

        Tapi dalam kerisauan yang melanda lubuk hati, mil agak teruja. Sebab tempat LI yang mil dapat nie adalah syarikat yang fokus kepada web development. Alahaiiiiiiiiii, benda yang mil minat giler. Buat masa nie, PHP dan VB programming adalah makanan mil, tapi bila bos syarikat tu kata yang mil perlu belajar Ruby on Rails makkkkk aiiiii teruja gilerrr. Benda dah minat, semestinya benda tu takkan ditolak.

          Hmmm, tapi ramai kawan mil yang ambil diploma dulu kata, latihan praktikal nie cuma tempat kita berseronok? Tak dah kerja pun yang akan diberikan? Betulkah? Mil harap tempat pratikal yang mil dapat taklah tempat yang membosankan dan membuang masa. Insyaallah.


Think It Use it 
Jangan Simpan
;