Tips Elak Wifi Dicuri (NETCUT)

~Assalamualaikum~

Sebenarnya mil dah pernah post tentang tips elak wifi dicuri, tapi yang cara tu agak susah sikit sebab banyak benda yang nak kena buat. Misal kata, kena masuk router dan  kena setup macam-macam lagi. Kalau yang kurang latar belakang sikit pasal benda modem router memang payahlah.

     Jadi, di sini mil nak kongsi cara yang paling senang iaitu dengan menggunakan software NetCut. Tak nak cakap banyak senang kata salah satu fungsi software NetCut adalah memantau dan memotong line wifi seseorang. Jadi, sesiapa yang rasa line wifi dia kena curi bolehlah menggunakan software ini, lihat tutorial di bawah;

Tutorial

Langkah 1:
Pertama sekali benda kena buat mestilah download NetCut (Klik Sini). Kemudian, klik install dan restart komputer bila dah siap.

Langkah 2:
Buka NetCut (run as admin)> Klik "Choice NetCut" > Klik "network adapter" PC (tengok gambar bawah)


Langkah 3:
Bila Klik "OK", akan keluarlah senarai ip address yang menggunakan connection wifi yang kita pakai.


Langkah 4:
Kemudian, pilih "IP Address" yang tidak dikenali dan klik "Cut Off" untuk memotong line yang dipakai oleh "strangers". Perhatian 192.168.1.1 adalah ip address router yang kita pakai, jadi jangan pandai-pandai nak anggap itu strangers kemudian cut off.  


     !!..Siap..!! Tapi sebenarnya software ini memang ada kelemahannya. Pertama sekali, developer untuk software ini ada menghasilan NetCut Defender yang berfungsi supaya seseorang itu tak boleh sesuka hati nak potong line wifi dia. Ke dua, ip address kita ini boleh di ubah paling asas seperti menggunakan ipconfig/renew untuk windows 7. Jadi, kenalah selalu skoden NETCUT, ini berdasarkan pendapat mil. Apapun, selamat mencuba dan Lu fikirlah sendiri bak kata Nabil. 

Think it Use it Jangan Simpan






4 Orang Pengkritik:

;