Salam Maulidur Rasul 2013


~Assalamualaikum~

Secara Ringkasnya, Maulidur Rasul adalah hari yang amat bersejarah dalam agama islam kerana hari tersebut merupakan hari kelahiran NABI MUHAMMAD S.A.W yang jatuh pada setiap 12 Rabiul Awal di tahun Gajah bersamaan dengan 23 april 571. Seperti yang kita tahu baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah S.W.T.

     Setiap tahun pada hari Maulidur Rasul, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad S.A.W ini. Di dalam sambutannya, berbagai-bagai aktiviti akan diadakan seperti perarakan, ceramah, dan membaca yassin. Paling Best, banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada mereka yang mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul ini berdasarkan apa yang mil dengar.

     Menurut sejarah Islam, sambutan hari keputeraan Rasulullah SAW ini dimulakan oleh kerajaan Fatimiyyah di mana ia disambut secara besar-besaran. Walaubagaimanapun, sambutan Maulidur Rasul sering dijadikan kontroversi di mana wujudnya pendapat yang berbeza atau fatwa di antara para ulama dan pemerintah mengenai kewajaran umat Islam menyambutnya. Ada yang kata halal, ada yang kata diharuskan dan ada juga yang kata haram.
NAK BACA PASAL HUKUM & PENDAPAT tentang maulidur rasul klik sini : Sambutan Maulidur Rasul itu Bidaah
     Pada pendapat peribadi mil, sambutan Maulidur Rasul banyak memberikan kebaikan kepada kita antaranya dapatnya menyatukan umat islam seperti kita berkumpul untuk membuat perarakan. Lagipun di zaman ini, ramai pemuda pemudi semakin lupa akan kebesaran Nabi Muhammad S.A.W. Mungkin dengan sambutan Maulidur Rasul dapatlah melahirkan lebih ramai lagi pemuda-pemudi yang cintakan baginda. Segan nak bagi pendapat sebab ilmu tak tinggi, harap maaf kalau ada yang salah. Apapun, kita kembali kepada hadis dan al-quran kalau ada perkara yang diragukan. SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 2013.

Think it use it Jangan simpan

2 Orang Pengkritik:

;