Presiden Suara Wanita 1Malaysia memperbodohkan mahasiswa? (Suara Sharifah)


~ Assalamualaikum ~

Listen, listen, listen listen, listen! Buka Laman Buku aka Facebook hangat dengan cerita "Sharifah selaku Presiden Suara Wanita 1Malaysia memperbodohkan mahasiswa?" Betulkah? Mil jenis yang tak suka dengar sebelah pihak sahaja, jadi mil tengok sendiri videonya. !!!!Jom tengokk!!!!



          Pada pendapat mil, Sharifah nie taklah memperbodohkan mahasiswa, cumanya cara dia menjawab soalan tu memang tak kena dan tak profesional ataupun bahasa kasarnya MERAPU, kita tanya benda lain boleh-boleh pula dia jawab lai. Lebih-lebih lagi, bila dia menyampuk semasa pelajar belum menghabiskan soalan dia. Kalau di sini yang kita boleh lihat dia yang agak kurang adab. Biarkanlah dulu dia (Cik Bawani) habis bercakap, lepas tu barulah jawab. Macam tak biasa pula bagi ceramah? ataupun rasa tergugat dengan semangat yang ditunjukkan oleh pelajar tersebut?

          Lagi satu, dah nama dia soal jawab, mestilah ada mahasiswa yang tidak setuju dengan pendapat dia. She must accept it with a professional attitude. Mil tak rasa yang bertanyakan soalan itu KURANG AJAR, dia cuma menegaskan pendapat dia, apa yang dia percaya. Dia bagi fakta, jadi Puan Sharifah kena jawablah dengan fakta. Kalau Puan Sharifah rasa fakta dia salah, jawablah dengan fakta yang betul, tak gunalah jadi penceramah kalau tak tahu apa-apa. Ini bagi jawapan pasal binatang, lembu, kambing, ikan paus. Kalau boleh semua binatang nak disebut. Lebih-lebih berlagak macam dia seorang je ada degree. Profesor kat universiti mil pun tak berlagak macam tu. Ini yang mil tak suka bila orang intelektual bercakap kosong, nampak sangat KEKURANGAN PANDAI dia.

*Ini cuma pendapat mil, peace no war.
Think it Use it Jangan Simpan

1 Orang Pengkritik:

;