Kerang & Ikan Pantai Barat Sabah Tercemar


~ Assalamualaikum ~


Perhatian kepada orang sabah terutamanya yang berada dibahagian pantai barat Sabah. Menurut berita kosmo yang mil baca, fenomena air laut merah masih dikesan diperairan pantai barat sabah yang menyebabkan banyak makanan laut terutamanya kerang dan ikan dari jenis pelasik seperti ikan tamban dan basung dijangkiti oleh bahan kimia.

PAPAR — Jabatan Kesihatan Sabah dan Jabatan Perikanan menasihati orang awam supaya tidak memakan kerang di perairan pantai barat Sabah disebabkan fenomena air laut merah masih dikesan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata sekiranya ingin memakan kerang, pastikan ia tidak diperoleh dari pantai barat Sabah. "Orang ramai diminta untuk tidak memakan makanan seperti kerang, siput dan ikan-ikan pesisir pantai terutama yang diperoleh dari pantai barat Sabah. "Jika termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas, pening, muntah dan sesak nafas, sila dapatkan rawatan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan,” katanya dalam kenyataan kepada di sini, hari ini.

          Fenomena ini telah menyebabkan dua kematian yang dilaporkan di Sepanggar dan dipercayai termakan kerang yang tercemar. Sekiranya termakan dan mengalami tanda-tanda seperti kebas pening dan muntah sila dapatkan rawatan segara di hospital atau klinik yang berdekatan.

Pesanan: Mil harap orang-orang Sabah yang tinggal dipantai barat sabah seperti Kota Kinabalu silalah berhati-hati membeli makanan laut buat masa ini kerana ditakuti tercemar dengan bahan kimia.

Untuk lebih lanjut >> Jangan kumpul, makan kerang pantai barat Sabah - Rosnah (KOSMO)

2 Orang Pengkritik:

;