3 Hari Gelap?


~Assalamualaikum~

Hari tu masa tengok berita, ada satu slot yang aneh sangat bunyinya? Bumi akan bergelap selama 3 hari? mak aiiiii biar betul. Pada pendapat mil kalau bumi bergelap selama 3 hari bukankah akan banyak bencana alam yang berlaku misal kata air pasang tak henti? Seram sangat mil rasa. Oleh sebab berita ini nampak seperti khabar angin? mil pun carilah maklumat tentang ini.

          Berdasarkan artikel dibawa, pihak NASA kononnya ada memberitahu bahawa kejadian ini akan berlaku pada bulan disember iaitu 23, 24, dan 25. Pada waktu ini bumi akan bergelap sepenuhnya. Katanya, ini adalah satu fenomena alam semesta, yang mana bumi dan matahari akan selari antara sama lain buat pertama kalinya menyebabkan bumi akan bergelap selama 3 hari. Baca kat bawah untuk lebih lanjut,
Text example #1:
As posted on Facebook, Aug. 4, 2012:

NASA predicts total blackout on 23-25 Dec 2012 during alignment of Universe. US scientists predict Universe change, total blackout of planet for 3 days from Dec 23 2012. It is not the end of the world, it is an alignment of the Universe, where the Sun and the earth will align for the first time. The earth will shift from the current third dimension to zero dimension, then shift to the forth dimension. During this transition, the entire Universe will face a big change, and we will see a entire brand new world. The 3 days blackout is predicted to happen on Dec 23, 24, 25....during this time, staying calm is most important, hug each other, pray pray pray, sleep for 3 nights...and those who survive will face a brand new world....for those not prepared, many will die because of fear. Be happy, enjoy every moment now. Don't worry, pray to God everyday. There is a lot of talk about what will happen in 2012, but many people don't believe it, and don't want to talk about it for fear of creating fear and panic... sumber
          Selain itu juga ada video yang dikeluarkan tentang kenyataan kejadian ini, video ini di ambil semasa persidangan "The Pythagoras Conference." Dah bunyinya berkenaan matematik confirmlah yang datang cerdik pandai. Jom layan;


          Tapi betulkah kenyataan pihak Nasa dan video di atas? Video di atas pun macam penyampaian puisi saja. Kemudian, ada satu artikel yang dikeluarkan oleh SINAR HARIAN yang bertajuk "Angkasa nafi laporan bumi akan bergelap 3 hari." Baca kat bawah.

KUALA LUMPUR - Agensi Angkasa Negara (Angkasa) hari ini menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwa bumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari. Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu yang dikeluarkan. Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta. Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap. Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan graviti adalah terlalu kecil. "Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi," menurut agensi itu. Malah, menurut Angkasa, terdapat juga video YouTube oleh pihak NASA yang telah disalahguna oleh pihak tertentu yang menunjukkan Pegawai Tabir NASA, Charles F. Bolden, Jr memberi penerangan berkenaan persediaan peribadi dan keluarga sekiranya berlaku kecemasan, iaitu merujuk kejadian 911, puting beliung, gempa bumi dan sebagainya. "Pihak-pihak tertentu telah memanipulasi video tersebut dengan artikel “Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 Dan 25 Disember 2012”," katanya.   - Bernama
          Kesimpulannya, ada sedikit kemusykilan tentang berita ini. Yang mana satu betul dan boleh dipercayai? Mungkin semua ini adalah sebuah propaganda? kita tidak tahu. Paling penting mudah-mudahan perkara ini hanyalah sebuah khabar angin. Kita tengok macam mana nanti. Think it Use it, Jangan simpan.


8 Orang Pengkritik:

;