KAPAL BESAR USA BERLABUH DI KOTA KINABALU

credit photo: Facebook

~Assalamualaikum~

Buka-buka facebook kat rumah, kawan-kawan dah heboh dengan kapal tentera yang berlabuh di perlabuhan Jesselton Kota Kinabalu Sabah. Melalui maklumat yang mil dapat, kapal besar itu adalah milik negara USA dan berfungsi sebagai kapal perang pengangkut kapal terbang atau dalam bahasa om putihnya The American aircraft carrier USS John C. Stennis. Dikatakan, kapal besar ini merupakan antara 10 kapal terbesar yang negara USA miliki. Cuba korang tengok besar gilerrrrr kan? Setahu mil, kalau di Asia tenggara satu-satunya negara yang memiliki teknologi sebegini adalah Thailand. Bilalah pula Malaysia nak buat benda nie? Mesti bangga sekali.
~Fakta Menarik USS John C Stennis~
  • 5200 crew on board
  • 10% kru terdiri daripada wanita
  • berat 97000 ton, panjang 1092ft
  • tinggi : setinggi bangunan 24 tingkat
  • menyediakan 38000 hidangan setiap hari!
  • dikuasakan oleh 2 reaktor nuklear, setiap satu 550MW
  • Antara jet pejuang yang dibawa ialah FA 18 Hornet.
Dalam diam mil tertanya juga, apasal kapal besar USA nie datang berlabuh di Sabah? Cari punya cari dapatlah maklumat ini;
Kota Kinabalu 2 Okt – Sempena lawatan ke Sabah negeri di bawah bayu selama empat hari mulai 30 sep sehingga 4 okt 2012, satu majlis resepsi telah diadakan di atas Kapal Tentera Laut Amerika Syarikat iaitu USS JOHN C. STENNIS (CVN 74). Tujuan majlis resepsi ini diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan dua hala yang sedia ada antara Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan USS. Turut serta memeriahkan majlis adalah Panglima Wilayah Laut 2 (PWL 2) Laksamana Muda Dato’Pahlawan Mohammad Rosland Omar serta Datin,Ketua Staf Markas Wilayah Laut 2 (KS) Kept Mohd Yusri bin Hj Mohd Yunus TLDM serta isteri, Pegawai Kanan Armada (PKA) Kdr Hasfaediadra bin Kasim TLDM,Pegawai-pegawai Memerintah serta pegawai-pegawai yang terlibat. Acara bermula sekitar jam 2000H dan berakhir 2200H. Di samping itu juga ,tetamu dari pihak kedutaan negara asing di Malaysia turut dijemput hadir bagi memeriahkan majlis. Sambil menikmati hidangan yang disediakan, para tetamu yang hadir telah dihiburkan dengan tarian kebudayaan negeri di bawah bayu Sabah oleh badan kebudayaan negeri Sabah. Majlis ini dimulakan dengan upacara menandatangani nota serah terima tugas.

Rujukan 021012/01
Sumber : Perhubungan Awam Markas Wilayah Laut 2
Artikel dan Jurufoto : LK I PBK AHMAD TARMIZI BIN ZAINOL
Apapun, kalau ada peluang untuk melawat kapal besar ini pastinya ia adalah sebuah pengalaman yang menarik bagi mil. Think it Use it, Jangan simpan.

10 Orang Pengkritik:

;