Kad Diskaun Siswa 1Malaysia


~Assalamualaikum~

Mil sebenarnya tertarik dengan satu artikel dalam berita harian yang bertajuk 1.5 juta pelajar IPT dapat kad diskaun. Mungkin ramai lagi yang belum tahu ehemmm termasuklah mil juga, walaupun sebenarnya berita ini sudah lama tersebar. Mil tahu pun dari seorang sahabat. Adoiiii, ketara sangat tak mengikuti berita semasa. !!MALU!! Di bawah ini mil mengambil sebahagian petikan dari artikel tersebut;
Putrajaya: Kira-kira 1.5 juta pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) yang dilancarkan semalam. Kad itu akan diagihkan bermula sesi pengajian September ini bertujuan meringankan beban kos sara hidup pelajar IPT. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang melancarkan KDS1M di sini, berkata kad diskaun itu adalah idea mahasiswa sendiri menerusi Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK).
      Terus terang, Mil sebagai seorang mahasiswa amat gembira dengan berita baik ini. Sedikit sebanyak kad siswa ini sebenarnya dapat mengurangkan kos perbelanjaan untuk pelajar IPT. Lebih-lebih lagi, mahasiswa dan mahasiswi yang belajar jauh dari keluarga dan memerlukan kos perbelanjaan yang lebih tinggi untuk menampung kehidupan seharian. Sebagai contoh, baki duit untuk buku-buku yang dibeli setelah diskaun bolehlah digunakan untuk perbelanjaan mereka.

         Mil tak pandai berkata-kata. Ini cuma pendapat mil yang sangat kecil jika dibandingkan dengan besarnya kebaikan yang dapat diperolehi melalui kad diskaun siswa ini. Jadi apa pendapat anda sebagai pelajar IPT? Bak kata Nabil Lu fikirlah sendiri. Di bawah ini mil sertakan sedikit sebanyak tentang maklumat  Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia yang mil dapat dari rakan blogger;

KELEBIHAN KDS1M

  • Pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bakal mendapat diskaun sehingga 60 peratus untuk pelbagai produk menerusi Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) berkenaan.
  • Membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta seluruh negara.
  • Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (kds1m) juga akan diberi kepada pelajar sarjana dan doktor falsafah.

INFO MAKLUMAT KDS1M

  • Bagi mendapatkan diskaun pembelian, pelajar hanya perlu menunjukkan Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KDS1M) bersama kad pengenalan sahaja.
  • KDS1M diberi secara percuma dan diskaun kepada pelajar-pelajar IPT warganegara Malaysia yang mengikuti pengajian jangka panjang yang tempoh masanya 1 tahun dan ke atas.
  • Kad diskaun ini akan diedarkan kepada pelajar pada September 2012.

PERMOHONAN & SYARAT (KDS1M)

Buku & Alatan Tulis
  1. Tidak banyak syarat dan tidak perlu cara membuat permohonan kerana secara automatik maklumat pelajar disalurkan IPT kepada kementerian dan Bank Rakyat.
  2. Kad diskaun siswa 1malaysia ini akan diedarkan melalui ipt masing-masing.
  3. Terdapat 51 syarikat yang bersetuju memberi diskaun melalui KDS1M ini. Berikut adalah senarai kedai-kedai yang mengambil bahagian mengikut kategori;
B̲U̲K̲U̲ ̲/̲ ̲A̲L̲A̲T̲ ̲T̲U̲L̲I̲S̲

• MPH BOOKSTORES (10% off)
• IMLAQ BOOK CENTRE (10% off)
...• BORDERS (10% off)
• RONA (5% - 20% off)
• KIANG TRADING (10% off)
• KOPERASI DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA BERHAD (5% - 15% off)
• KOPERASI KEDAI BUKU UNIVERSITI MALAYA BERHAD (3% off)
• KOPERASI UNIVERSITI SAINS MALAYSIA BERHAD (2% - 10% off)
• K.L COMMERCIAL BOOK CO. (M) SDN BHD (10% off)
• KMK RESOURCES SDN. BHD. (10% off)
_______________________________________

̲K̲E̲L̲E̲N̲G̲K̲A̲P̲A̲N̲ ̲S̲U̲K̲A̲N̲ ̲/̲ ̲P̲E̲R̲A̲L̲A̲T̲A̲N̲ ̲/̲ ̲P̲A̲K̲A̲I̲A̲N̲

• BATA (10% off)
• KOPERASI KELUARGA DATO' HAJI HASHIM MAMAT KUALA TERENGGANU BERHAD (10% - 45% off)
• TEXLINE LINO (5% - 10% off)
• PROMINENT MILLION SDN BHD (MIZI SPORTS) (10% off)
______________________________________

̲K̲L̲I̲N̲I̲K̲ ̲K̲E̲S̲I̲H̲A̲T̲A̲N̲ ̲/̲ ̲O̲P̲T̲O̲M̲E̲T̲R̲I̲ ̲/̲ ̲C̲E̲R̲M̲I̲N̲ ̲M̲A̲T̲A̲

• POLIKLINIK AN-NISA' (20% off)
• QUALITAS HEALTH (10% off)
• FOCUS POINT (20% - 50% off)
• MENARA OPTOMETRY (10% - 60% off)
______________________________________

̲M̲A̲K̲A̲N̲A̲N̲ ̲D̲A̲N̲ ̲M̲I̲N̲U̲M̲A̲N̲

• KFC (5% off)
• DAILY FRESH (10%)
• A&W (50% off)
• COFFEE BERRY (20% off)
• THE CHICKEN RICE SHOP (Student Meal at RM9.90nett)
• RESTORAN KENNY CRAB (10% off)
• SWEET CHAT (RM12.90nett meals)
• LEGEND’S CLAYPOT BRIYANI HOUSE (5% off)
• DUBU DUBU SEOUL FOOD (RM16.90nett meals)
• MY JAVA COFFEE (10% off)
• PANCAKE HOUSE INTERNATIONAL (RM5.++ @ 2pcs classic pancake)
• STATION ONE PRODUCT (5% off)
• GLORIA JEAN’S COFFEES (10% off)
• BANGI KOPITIAM (10% off)
______________________________________

̲P̲E̲N̲G̲I̲N̲A̲P̲A̲N̲ ̲D̲A̲N̲ ̲P̲E̲N̲G̲A̲N̲G̲K̲U̲T̲A̲N̲


• ANCASA HOTELS & RESORTS (10% off)
• TUNE HOTELS REGIONAL SERVICES SDN BHD (25% off)
• LEO EXPRESS HOTEL (20% off)
• KOPERASI AL-TAQWA KAMPUNG KISAP LANGKAWI BERHAD (2% - 15% off)
• KOPERASI GURU-GURU MELAYU KEDAH BERHAD (15% off)
• KOPERASI MAJLIS GURU UGAMA MENENGAH BERHAD (5% off)
• KOPERASI MELAYU BERJAWATAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN BERHAD (15% off)
• RAKYAT TRAVEL SDN. BHD. (special rate)
• RAPID KL (50% off)
• MAS (25% off)
• FIREFLY (50% off)
_______________________________________

̲S̲A̲L̲U̲N̲ ̲/̲ ̲P̲U̲S̲A̲T̲ ̲/̲ ̲P̲R̲O̲D̲U̲K̲ ̲K̲E̲C̲A̲N̲T̲I̲K̲A̲N̲
• FOOT MASTER (30% off)
• PARIS HILL (30% off)
• PROACTIV (5% off)
• CLARA (10% off)
• KOPERASI PUTRI TERBILANG MALAYSIA BERHAD (5% - 20% off)
______________________________________

̲P̲R̲O̲D̲U̲K̲ ̲I̲T̲

• KOPERASI CELCOM BERHAD (2% - 5% off)
• KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR BERHAD (10% off)
• IFAMILY (15% off)
_______________________________________

L̲A̲I̲N̲-̲L̲A̲I̲N̲

• BKZ BIKERZ (special rate)
• ROLLER STAR ARENA (10% off)
• DOUBLE SITE (10% - 15% off)
• KOPERASI KAKITANGAN MAKTAB KERJASAMA MALAYSIA BERHAD (2% - 5% off)
• KOPERASI KOLEJ KEMAHIRAN TINGGI BALIK PULAU BERHAD (4% off)
• MYDIN (special rate)
Sumber

Eh, KFC pun ada diskaun. Ehemmmm, nampaknya pagi, tengahari & malam makan KFC jelah. Think it Use it, Jangan simpan.

8 Orang Pengkritik:

;