Adab

~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan ~

"Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat."

~ Cecil B. DeMille ~

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang."

~ Aflatun ~

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu."

~ Wahab B. Munabin ~

"Akhlak yang buruk itu ibarat tembikar yang pecah. Tidak dapat dilekatkan lagi dan tidak dapat dikembalikan menjadi tanah."

~ Andre Colin ~

"Bangsa penakut tidak boleh merdeka dan tidak berhak merdeka. Ketakutan adalah penasihat yang sangat curang untuk kemerdekaan."

~ Soekarno ~

"Bangsa yang tidak percaya kepada kekuatan dirinya sebagai sesuatu bangsa, tidak dapat berdiri sebagai suatu bangsa merdeka."

~ Hukama ~

"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti"

~ Confucius ~

"Ciri orang yang beradab ialah dia sangat rajin dan suka belajar, dia tidak malu belajar daripada orang yang berkedudukan lebih rendah darinya"

~ Marcus Aurelius ~

"Nilai manusia adalah semahal nilai matlamatnya."

~ Stahl P.J ~

"Orang yang berani tidak akan membabi-buta melompat masuk ke dalam jurang, melainkan masuk dengan perlahan-lahan dan dengan mata yang terbuka setelah mengukur dalamnya."

~ Richard Brinsley Sheridan ~

"Nilai hidup harus diukur dengan garis yang lebih mulia, iaitu kerja dan bukannya usia."
;