Spam Blog

~~Assalamualaikum~~

!! WARNING !! Ini Entri panjang...

Semalam masa mil tengah seronok nak buka blog kesayangan "si coklat". Tetiba slow macam ada yang tak kena. Asyik ada popup ads yang tidak dikenali keluar. Buka page orang lain, tak ada masalah pun. Jadi, Mil fikir "si coklat" tengah sakit. Perkara pertama yang menghairankan, blog tetiba loading lambat dan widget linkwithin tak boleh nak display. Refresh sampai bejuta kali pun keadaannya tetap sama juga. Masa tu, tipulah kalau tak panik. Teringat pula minggu lalu ada blog rakan yang kena hack dan kena spam. Wooo, memang tragislah kalau kita yang berada dalam keadaan yang sama.

        Untuk mengelakkan perkara buruk berlaku pada "si coklat" pula. Mil cuba kenal pasti simptom-simptom penyakit yang ada padanya. Berdasarkan pemerhatian, rasanya blog mil di jangkiti oleh sejenis spam ads yang bernama adserving.~cpxinteractive.~com. Setiap kali nak buka blog mesti ada popup ads tentang website berkenaan. Spam ini selalunya berjangkit pada komputer ataupun laman blog dan website.Tapi mil taknak bercerita pasal itu sebabnya entri ini berkisarkan cara mengatasi masalah ini tetapi tidaklah dibagitahu secara detail. Kalau ada cara yang lebih berkesan, mil berbesar hati korang share di ruangan komen. 

          Untuk mengatasi masalah itu, pertama sekali mil tukar password & letak 2 step verification. Fungsinya, bila kita nak login ke akaun blog kita, secara tidak lansung kita kena masukkan dulu password yang dihantar ke telefon kita. Senangkata, lebih kurang proses daftar masuk ke akaun online bank. Tujuan mil buat sebagai langkah berjaga-jaga sebab takut kalau-kalau laman mil digodam.

          Ke duanya tu, mil hantar feedback ke google yang mengatakan bahawa "si coklat" kurang sihat. Mil rasa itu satu cara yang terbaik. Kebanyakkan masalah yang di alami, mil akan buat report terus ke google, dan selalunya masalah itu akan selesai dalam masa 24 jam. Bergantung dengan jenis masalah rasanya.

          Kemudian, mil buka html blog dan cubalah cari dan buang kalau-kalau dalam koding html ada link spam. Melalui pembacaan di forum, itu salah satu cara kalau blog kita mengalami masalah misal kata blog kita redirected to other site. Mil juga terpaksa buang sementara widget yang digunakan sebab keberangkalian besar masalah seperti ini berpunca apabila kita menggunakan widget dari pihak ke tiga.

          Perkara terakhir yang mil lakukan ialah membuat scan blog di Sucuri SiteCheck. Alhamdulillah, keputusannya blog mil tidak mengalami masalah apa-apa pun. Sebenarnya, setahun dalam dunia blog ini kali pertama mengalami masalah sebegini. Mungkin ianya asam garam kalau kita nak berblog. !!Think Positive!! Pengajarannya, rajin-rajinlah check kesihatan blog kita juga.

Think it Use it 
Jangan Simpan

50 Orang Pengkritik:

;