Teknologi Nvidia Optimus

~~Assalamualaikum~~

Kali ini mil nak bercerita sedikit tentang teknologi Nvidia Optimus. Suatu teknologi yang masih baru pada mil. Walaupun NVIDIA optimus ini sendiri sebenarnya sudah diperkenalkan sejak tahun 2007 lagi oleh pihak NVIDIA. Ehem, entri nie santai saja taklah bagitahu secara detail.

          Berbalik pada cerita asal, kalau zaman kita muda-muda dulu, kalau nak beli laptop kita ada dua pilihan sama ada nak pilih grafik integrated; Intel GMA ataupun grafik discrete; NVIDIA atau ATI. Seperti yang kita tahu, kedua-dua Graphics processing unit (GPU) ini mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing.

         Secara umumnya sebab khasnya tu mil tak tahu, kalau kita pakai grafik integrated seperti Intel GMA penggunaan bateri akan lebih tahan lama. Senang kata, memang terbaiklah kalau untuk buat kerja ataupun melayari internet. Tetapi keburukannya, nggak bisa main game 3D dong. Untuk grafik discrete pula seperti Nvidia adalah sebaliknya. Boleh main game 3D yang bagusssss tapi bateri memang cepat habislah. Kadang-kadang tu cepat overheat juga pada pendapat mil.

          Jadi, untuk menyelesaikan masalah itu pihak Nvidia pun membuatlah satu teknologi yang mana ke dua-dua GPU ini di satukan ataupun dipanggil Switchable Graphics. ahHa, inilah barang baik punya yang ada dalam Nvidia Optimus. ATI pun ada teknologi yang serupa; AMD Switchable Graphics Technology. Secara ringkasnya fungsi Switchable Graphics ini mengubah GPU yang tersedia secara manual untuk berpindah dari satu grafik ke grafik yang lain. Misal kata kalau kita main game, GPU yang kita pakai adalah Nvidia, kalau tak main game pula adalah Intel HD (untuk laptop mil). Jadi, penggunaan bateri akan lebih jimat.

          Tapi sebenarnya ada masalah juga yang dihadapi untuk switchable graphic nie khasnya untuk penggemar game. Selalunya masalah yang timbul ialah bila kita install games yang memerlukan grafik yang tinggi seperti pes2012, kadangkala teknologi Nvidia Optimus tidak akan bertukar kepada GPU yang sesuai. Jadi, buat masa ini bagi yang memakai teknologi GPU switchable ini, mil sarankan jangan update dulu driver grafik korang untuk mengelakkan masalah seperti ini berlaku. Kalau nak update juga, rujuk dibahagian manufacture laptop kamu untuk latest driver. Ini berdasarkan kajian pada laptop mil sendiri. Kesimpulannya, teknologi ini memang menarik. Tapi masih ada kelemahannya.

p/s: kalau ada kesilapan fakta, mil minta maaf tak expert dalam bidang ini. 

Think it Use it
Jangan Simpan

;