Isi Sekotak Hadiah

~~Assalamualaikum~~

!!Jom Baca!!
Di sebuah ruang tamu. Duduk si ayah bermain-main dengan anak perempuannya yang baru berumur 7 tahun. Tiba-tiba anaknya bertanya: "papa, barang yang paling papa suka dan sayang di dalam dunia ini apa?"
"Lahhhh, takkan tak tahu kot, mestilah Liza", senyum ayahnya.
"Habis mama macam mana pula? Liza tanya baranglah papa, bukan orang. jawablah betul-betul Liza nak tahu ni".
"Ni haa, kotak yang papa simpan koleksi setem surat pelbagai negara", sambil menunjukkan sebuah kotak kayu buatan tangan.
"Didalamnya dipenuhi pelbagai jenis setem surat. Paling papa suka mestilah setem Malaysia. Dah lama papa kumpul sejak kecil lagi", Si anak menganguk-anguk tanda faham.

Keesokkannya, si ayah mendapati setem hasilnya telah disimpan di sebuah sampul surat. Manakala, kotak yang disayanginya pula telah tiada.
Lalu tanya ayah agak marah: "Liza, mana kotak papa?"
"Liza pinjam kejap papa, nanti Liza bagi balik", jawab Liza.
"Baiklah, tapi jangan sampai rosak ya", balas ayah.

Beberapa hari kemudian, bersempena dengan hari jadi ayahnya. Liza pun menghadiahkan ayahnya sebuah kotak yang disaluti warna bercorak dan sedikit hiasan kartun berserta reben.
Lalu tanya ayahnya dengan gembira: "wahhhh, cantiknya kotak nie, apa isinya?"
"Tak ada apa-apa papa", Jawab liza senyum.
"Liza kalau kita beri seseorang hadiah, mesti ada sesuatu dalam kotak ini", nasihat ayah sambil kebingungan melihat kotak kosong itu.
"Tapi papa, Liza sudah isi kotak itu dengan jutaan ciuman kasih sayang. Naaa, Liza bagi sekucup lagi pada pipi papa", lalu memeluk ayahnya.
Best tak baca cerita di atas tu? Best atau tak bukan itu yang ingin mil sampaikan. Yang penting adalah pengajarannya, sebuah kasih sayang itu sebenarnya tidak dapat dilihat ataupun diukur, namun mata hati kita mampu merasainya. Contohnya, walaupun kotak yang Liza berikan pada ayahnya itu kosong, tapi ia memberi penuh makna padanya. Senangkata, sesuatu barang yang diberikan seseorang itu walaupun nampak tidak bernilai ataupun "kosong" tapi mungkin ada satu makna yang besar disebaliknya.

Think it Use it 
Jangan simpan

29 Orang Pengkritik:

;