Hukum Termakan Babi

~~Assalamualaikum~~

Kali ini mil nak berkongsi serba sedikit tentang hukum hakam termakan babi termasuklah daging, lemak, kulit dan seangkatannya. Yalah, mana tahu suatu hari kita pergi melancong ke luar negara, sebab dah syok sangat bersiar-siar. Tak sedar dah termakan daging khinzir. Saja panggil khinzir, itukan nama manjanya. Bukan nak kelentong, tapi perkara ini dah banyak kali terjadi diluar sana.

           Sebenarnya, tak pergi ke luar negara pun ada juga yang termakan bahagian-bahagian dalaman babi. Misalnya, ada makanan yang dijual bercampur lemak babi. Apa boleh buat, wujudnya orang yang tidak bertanggungjawab. Alasan mereka mudah sekadar nak sedapkan makanan. Tapi kenalah respect, kan ada agama yang malarang umatnya memakan babi khasnya untuk umat islam. Jadi, kalau dah ada perisa babi, letaklah perkataan babi tu dengan gahnya dan besar. Ini nak tipu lagi, halal konon.

Cakap terus terang, mil pun tertanya-tanya juga berdosa tak kalau termakan babi ni? Bukan kita sengaja pun. Jadi, mil carilah maklumat dibawah nie;

Jawapan Pertama

Dari Ustaz Nor Amin Sayani bin Zainal

Termakan daging khinzir di maafkan, sebab kita tak tahu dan tidak sengaja memakannya. Tetapi jangan pula kita buat-buat tak tahu atau dah tahu tetapi tetap makan juga setelah mengetahuinya. Setelah kita menyedarinya, tapi masih tidak mengendahkannya yakni tetap memakannya, maka ia menjadi haram disebabkan sengaja memakan binatang yang haram dimakan dalam Islam. Khinzir itu adalah binatang yang haram di makan dan merupakan najis yang paling berat (najis muqallazah).

...Waallahuallam... sumber

Jawapan Kedua

Ulama Feqah sebut dalam Kitab Feqah:

"Siapa yang tersalah makan benda yang mughalazah, wajib basuh mulut dia 7 kali kumur. Yang pertama, dengan air tanah. Ambik gelas, letak tanah, gaul sampai keruh, dipanggil air tanah. Kemudian, kumur dengan air bersih pulak 6 kali.Tu je yang wajib."

"Tak wajib minum dalam perut, jolok dengan berus gitu. Tak wajib."

- Ustaz Azhar Idrus ( Original ) - sumber video
Sebenarnya, ada juga yang berpendapat tak wajib samak. Baca Jawapan Ketiga 

          Disimpulkan, sentiasalah berhati-hati kalau makan di luar sana. Lebih-lebih lagi, kalau tempat tu di luar negara ataupun taukehnya pula non muslim. Senang kata, di mana-mana pun kenalah sentiasa berwaspada kerana sifat itu sangatlah penting. Kalau dah termakan tu apa boleh buat, yang penting kita memohon keampunan kepada Allah s.w.t dan berdoa agar dijauhkan dari perkara seperti ini lagi. Malas mil nak kata banyak. Bak kata Nabil, lu fikirlah sendiri.

Think it Use it
Jangan Simpan 

27 Orang Pengkritik:

;