Barang Kawalan 2012: Aidilfitri

~~Assalamualaikum~~

Tadi semasa Mil menonton rancangan berita TV3, ada satu slot yang memaparkan mengenai Skim Harga Barangan Kawalan sempena perayaan Aidilfitri. Tujuan utama skim ini supaya peniaga tidak sesuka hati menaikkan harga barang seperti daging dan sayur-sayuran yang akan membebankan pengguna semasa perayaan nanti. Secara umumnya, Skim Harga Barangan Kawalan ini akan berlansung selama 15 hari bermula dari 12 hingga 26 Ogos 2012.

          Satu lagi maklumat penting adalah peniaga diwajibkan meletakkan tanda harga berwarna merah jambu untuk setiap barang kawalan yang dijual bagi memudahkan pengguna dapat membezakannya dengan barang-barang lain. Jadi, kalau ada peniaga yang melanggar peraturan ini, maka pengguna bolehlah mengadu kepada KPNDKK seperti yang dinyatakan. Di bawah ini adalah senarai 20 barang kawalan dan harga sempena Aidilfitri ini untuk rujukan pengguna:

BARANG KAWALAN

 HARGA (RM)

Ayam hidup
5.70
Ayam standard yang disembelih dan dibersihkan;
 (berserta kaki, kepala, hati & hempedal)
6.80

Ayam super yang disembelih dan dibersihkan 
(tanpa kaki, kepala, hati & hempedal)
7.60

Daging lembu tempatan
Daging lembu import - harga maksimum (Sarawak shj) 
22.00
24.00
Ubi kentang import China
 3.00
Daging kerbau tempatan
21.00
Telur ayam gred A
Telur ayam gred B
Telur ayam gred C
0.35
0.34
0.33
Kacang tanah import
6.50
Bawang merah kecil India
Bawang besar import
Bawang putih China
5.00
2.50
 7.50
Kubis bulat import-Indonesia & China 
(tidak termasuk kubis Beijing)
3.20
Cili merah
10.00
Tomato
4.50
Kelapa parut - harga maksimum
(peringkat runcit shj)
6.00
Ikan Kembung

12.00


***Senarai harga kawalan adalah berdasarkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Kawasan Sabah dan Sarawak mungkin mengalami perbezaan harga. Sebarang pertanyaan dan aduan boleh terus diajukan kepada pejabat kpdnkk 
email : aduan@kpdnkk.gov.my
Talian bebas tol : 1-800-886-800
SMS : Taip " KPDNKK ADUAN dan hantar ke 15888 sumber

36 Orang Pengkritik:

;