Tutup Aurat

~~Assalamualaikum~~

!!JOM KITA HAYATI GAMBAR DI ATAS!!

Orang selalu berkata, share is caring. Jadi, apa salahnya jika mil ingin berkongsi serba sedikit tentang batasan aurat kita. Bukannya rugi apapun. AhHa, didefinisikan aurat merupakan istilah agama Islam yang melambangkan sesuatu bahagian dari anggota badan lelaki dan perempuan, yang haram dibuka ataupun ditunjukkan.

          Dalam erti kata yang lain, ia adalah satu konsep peraturan kepada anggota badan yang wajib ditutup dan disembunyikan serta haram bagi orang yang bukan mahram untuk melihatnya. !!INGAT!! Menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim, tidak kiralah lelaki mahupun perempuan. Kewajipan menutup aurat ini dibuktikan melalui kewujudan dalil-dalil daripada Al-Quran dan Hadis. Jadi, jangan nak bagi alasan tak nak tutup aurat.

Satu kata-kata menarik yang mil petik dari sebuah majalah yang berbunyi;
Jangan sesekali mengatakan bahawa menutup aurat itu tiada kaitan dengan akhlak seseorang, seperti penyataan sebegini: "walaupun saya tidak menutup aurat tetapi hati saya baik." Ini kerana akhlak mulia sesebuah masyarakat mampu dinilai menerusi pakaian dan penampilan warga masyarakat tersebut.
        Mil pelik sedikit, ramai sangat muslimah zaman ini tidak kiralah bertudung ataupun sebaliknya, mudah sangat mendedahkan aurat mereka. Pernah tengok tak? program Zizan bersama Ustaz Azhar Idrus, ada sekali tu Ustaz Azhar berkata, tidak wajib sebenarnya memakai tudung tetapi wajib menutup aurat. Tersirat? Apapun, lu fikirlah sendiri, Ehemmm... sebab lu dah besar.

Think it Use it
Jangan Simpan

9 Orang Pengkritik:

;