Telur atau Ayam Dulu

~~Assalamualaikum~~

!!JOM LAYAN CERITA DI BAWAH!!
Dua orang pemuda sedang berdebat sesama mereka di sebuah kedai kopi. Kedua-dua daripada mereka tidak mahu mengalah dan pasti apa yang dihujahkan masing-masing adalah betul. Al kisah...

"Confirmlah telur ayam yang dulu, barulah menetas anak ayam dan kemudian jadilah ibu ayam..."
"Mana boleh macam tu, dari mana datangnya ibu ayam kalau bukan dari telur dulu...? Jadi senang cerita, tentulah ibu ayam dulu barulah telur..."
"ah kau ni, mana logik kalau begitu... dari mana datangnya ibu ayam kalau bukan dari telur?"

Kekusutan dalam perbualan mereka semakin ketara. Bak kata Johan Raja Lawak, "Aku tumbuk juga kau nie". Tetiba dalam perdebatan yang semakin panas itu, seorang dari rakan mereka mencelah, niatnya mudah untuk meleraikan kekusutan dalam perdebatan itu.

"Apa bah yang kamu bergaduh ni. Cuba kamu cerita sama saya dulu?"
"Begini bah cerita dia, kami bercakap pasal siapa yang wujud dulu si ayam atau si telur? Tapi dia ni tidak mahu mengalah, mahu juga dia yang menang..."

Lalu jawab rakan mereka itu, " aku ni pun tidak tahu siapa yang dulu, si ayam ataupun si telur, tetapi yang aku pasti, semua yang wujud adalah kerana kekuasaan Allah s.w.t. Jadi kamu rasa siapa yang dulu?"
Upppssss, maafkan mil buat dialog dalam versi sabah. Ala, bak kata pepatah sambil menyelam minum air, dapat juga mengenali bahasa sabah. Sebagai pengajaranya, yang pasti Allah s.w.t telah sedia wujud terlebih dahulu, tiada mula dan tiada akhirnya. Kemudian, barulah kita sebagai ciptaannya yang muncul dan mempunyai awal dan akhir. Jadi, tak payahlah berdebat untuk soalan yang jawapannya ada didepan mata, buang masa saja. Apapun, Lu fikirlah sendiri sebab Lu dah besar...

Think it Use it
Jangan simpan

22 Orang Pengkritik:

;