Muka Ganas, Dalam Hati Ada Taman

~~Assalamualaikun~~

Pernah dengar tak orang kata, "uittss, bro muka ko ganaslah tapi dalam hati ko ada taman, hehehe". Maafkan saya, Mil pandai guna versi sabah saja. Bercerita tentang pengalaman, mil ada seorang rakan, sahabat, teman dan seangkatannya. Kali pertama berjumpa dengan dia. Memang rasa nebeslah juga, sudahlah besar, tinggi lagi, kalau kena hempap guna sebelah tangan, berdesing telinga. Kalau nak cakap pasal muka pula, "ehem macam bonser kelab malamlah bro". Kalau awek pula mesti kata, "eh, ganasnya muka abang nie, tatottttt sangat".

          Tapi, selama mil kenal dia, cakap terus terang dalam ramai-ramai kawan yang mil selalu lepak. Dialah yang paling lembut hati sekali, bukan pondan maksud mil, bak kata wanita perangai dia memikat hati. Mil pasti dalam hati dia bukan ada taman saja, tapi zoo pun ada juga. Pernah sekali tu, mil bertanyakanlah satu soalan, "bro, ko kalau di rumah cuti semester apalah ko buat". Nak tahu apa dia jawab?. "Selalu kalau kat rumah, aku jadi baby sitter, tolong mak aku jaga budak". Ekspresi mil masa tu, terkedu, ternganga, terkejut, yalah muka ganas tapi... Disingkatkan cerita, rakan mil nie taklah bersifat seperti yang ada pada parasnya.

          AhHa, begitulah sifat kebanyakkan manusia selalu menilai seseorang melalui paras rupa dahulu. Kalau tak, mestilah takkan wujudnya frasa inggeris "don't judge a book by its cover".  Nampak saja muka seseorang itu baik, mesti kita akan nilai dia baik dan begitulah sebaliknya. Jadi, sebagai peringatan kepada diri mil dan para pembaca, janganlah menilai seseorang itu terlebih dahulu sebelum kita mengenali dia. Bak kata orang, tak kenal maka tak cinta. Apapun, Lu fikirlah sendiri, sebab lu dah besar.
Think it Use it
Jangan Simpan

20 Orang Pengkritik:

;