Cecair Haram Selain Arak


~~Assalamualaikum~~

Alhamdulillah hari ini puasa masuk hari ke tiga dah. Moga-moga kita dapat melakukan amal ibadah puasa dengan lebih baik untuk hari ini dan hari berikutnya. Berbalik pada tajuk asal mil nak berkongsi serba sedikit tentang cecair yang haram diminum selain arak. Mil sebenarnaya kurang berpengetauhan tentang hal ini dan tetiba semangat pula untuk mencari maklumat tentang hukum arak dan minuman sejenisnya.

          Didefinisikan arak dalam bahasa arab bermaksud khamar manakala dalam istilah bahasa pula dimaksudkan sebagai perkara yang memabukkan atau menutupkan. Orang yang meminum arak akan tertutup akal daripada berfikir waras akibat mabuk. Jadi, sangat banyak perkara buruk yang berlaku apabila seseorang itu mabuk antaranya berzina dan bergaduh.

Ada 3 sebab mengapa sesebuah cecair itu sama taraf dengan arak dan haram di minum;

Pertama

Sesuatu yang membahayakan peminumnya seperti racun, asid dan cecair pencuci. Ini berdasarkan firman Allah, "Janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat baiklah sesungguhnya Allah menyukai orang yang berbuat baik." (Surah Al-Baqarah 2: 195)

Kedua

Sesuatu  yang dihukum najis seperti darah, air kencing, air yang bercampur najis dan susu binatang yang haram seperti anjing dan babi. Semua benda ini kotor kerana akan memudaratkan tubuh badan, menjijikan dan kotor.

Ketiga

Sesuatu yang memabukkan sama ada asal usulnya daripada peranan anggur atau benda lain. Menurut pandagan majoriti Fuqaha termasuk Imam Malik, Al-Syafie dan Ahmad, "Biarpun minuman itu tidak dipanggil arak dalam masyarakat, ia tetap arak selagi memabukkan. Walaupun ia tidak berasal dari perahan anggur atau kurma, ia tetap arak selagi sifat semula jadinya memabukkan. Meskipun kesan memabukkannya sedikit, ia tetap arak yang haram diminum apabila diminum".

          Disimpulkan, minuman yang memabukkan walaupun sedikit tetaplah haram untuk diminum. Jangan nak bagi alasan pula, "aku mabuk sikit jelah minum benda nie, bukannya arak pun". Itu sajalah perkongsian dari mil, semoga kita menjadi hamba Allah s.w.t yang benar-benar mentaatinya dan menjauhi segala laranganya. ~~Amin~~

Think it Use it
Jangan Simpan

9 Orang Pengkritik:

;