Selamat Ulang Tahun RTB

~~Assalamualaikum~~

Pejam mata buka mata, rupa-rupanya blog mil dah berusia setahun. Tak sangka juga masa berlalu begitu cepat. Teringat lagi, masa mula-mula bermain blog, sibuk sangat nak mencari follower. Tapi lama kelamaan, benda tu sebenarnya tak penting bagi mil sudah. Sebabnya, berblogging ini banyak sangat kegunaannya, ada blogger yang menggunakannya untuk meluahkan perasaan, ada yang menyampaikan dan berkongsi maklumat, ada juga blog yang memberi kata-kata nasihat. Senang kata, macam-macam ada. Secara ringkasnya, mil bukanlah seorang blog yang tegar. Jika sekiranya ada sesuatu yang mil nak update, barulah mil letakkan dalam blog mil ni. Apapun mil tak nak kata banyak, dengan rasminya Selamat Hari Jadi Radsmil The Blogger. Jangan masam-masam kenalah senyum selalu. OKAI!!!

Think it, Use it
Jangan Simpan
;