Perjalanan Ke Akhirat

~~Assalamualaikum~~

Gambar di atas membawa seribu cerita dan makna, ia menerangkan bagaimana liku-liku kehidupan seorang manusia itu bermula dan berakhir. Manusia tidak kira apa bangsa dan agama sekalipun tentunya percaya kepada kehidupan selepas mati. Sebagai contoh, jika kita kaitkan dengan agama yang terdapat di Malaysia. Penganut hindu dan buddha misalnya percaya akan kehidupan selepas mati dan "penjelmaan semula". Penganut agama Nasrani dan Yahudi juga percaya akan kewujudan syurga dan neraka. Bagi orang Islam, kepercayaan kepada kehidupan selepas mati dikuatkan dengan hujah aqli dan naqli yang benar dan tepat.

           Mil pernah membaca sebuah artikel katanya dalam bahasa Arab perkataan "dunia" itu sebenarnya membawa maksud "dekat".  Maka disimpulkan hidup di dunia ini sangatlah singkat jika dibandingkan dengan kehidupan di akhirat. Sekadar peringatan kepada para pembaca dan mil, semoga dalam kehidupan di dunia yang sementara ini, kita berusaha untuk mendapatkan bekalan yang secukupnya dalam perjalanan menuju ke akhirat.

Think it, Use it
Jangan simpan

7 Orang Pengkritik:

;