Demam Bola Finale


~~Assalamualaikum~~

Akhirnya dapat juga mil update blog, ALHAMDULILLAH. Kesian juga dengan blog mil ni, rasanya dah masuk 3 bulan tak update. Ala, apa boleh buat masa bukan sahaja mencemburui, tapi lansung tak nak bagi mil sentuh pun blog kesayangan ni. Upss, rasanya mil masih sempat nak ucapkan salam percutian bagi mahasiswa/i ipta. Yeaaaa cuti semester, tetiba teruja pula.

     Kembali kepada cerita asal, sejak kebelakangan ni ramai sangat yang bercerita pasal demam bola UERO. Warung kopi paling popular semestinya di Facebook, kalau boleh semua nak update pasal Uero. Ehem, kalau kat tempat mil sampai ada yang sanggup bertaruh untuk pasukan mereka. Tapi janganlah kita ikut OK, sesungguhnya judi itu haram dan di murkai oleh Allah s.w.t.

     Ada tengok bola semalam tak? Sebenarnya, dalam bising-bising mil sokong pasukan sepanyol a.k.a SPAIN. Yeaaa, Spain menang. Bagi penyokong Portugal janganlah berduka, kalah menang itu adat permainan. Hmmm, Sekejap lagi tepat pukul 2.45 pagi. Tibalah giliran pasukan ITALY & GERMAN beraksi. Mil pun berdebar-debar juga pasukan manakah yang akan mengiringi SPAIN ke peringkat akhir? ke dua-dua pasukan yang hebat. 

     Cumanya, sekadar peringatan kepada diri mil dan para pembaca janganlah terlalu taksub dengan sesuatu hiburan OKAI. Kadang-kadang mil perhatikan pasal bola pun ada yang nak bertekak dan bergaduh. Kan tak baik untuk kesihatan. Ala senang kata, Lu Fikirlah Sendiri sebab Lu dah besar.

Think it Use it
Jangan Simpan


;