Tak Terkata #6



~Assalamualaikum~

Malang tak berbau, pagi tadi kereta beliau mil kemalangan di jalan sembulan lama, kota kinabalu. Memang agak teruklah kemalangan tu bila mil perhatikan. Bayangkanlah, kereta Myvi berlanggar dengan kereta Perdana. Cuba tengok, sampai bengkok rim kereta beliau. 

*(beliau; loghat sabah/brunie maknanya ayah)


     Cumanya, alasan pemuda yang melanggar kereta beliau, "saya minta maaf pakcik, saya nak cepat sebab saya ada hal." Dapat jawapan macam tu, apalagi melentinglah beliau "kalau kau nak cepat pun, takkan sampai kau nak bunuh orang."



     Apapun, bagi mil syukur alhamdulillah sangat semuanya selamat. Tetapi peringatan kepada kita, kalau nak bawa kereta tolonglah berhati-hati. Rajin-rajinlah, pandang kiri, kanan, depan dan belakang. Kalau nak cepat pun, kenalah berhemah. Sebabnya jalan raya ni bukan jalan raya mak bapa kita.
So, Please Be careful when you're driving!


Think it, Use it
Jangan Simpan

12 Orang Pengkritik:

;