Google Sitelink di Blogku


~Assalamualaikum~

Cuba tengok gambar di atas? Apa kata ANDA? Terkejut sakan mil bila nampak Google Sitelink sendiri. Yalah, mana tak terkejutnya, mil buat blog pun tak sampai setahun lagi. Tetiba buka pagi tadi dah ada sitelink. Gatal punya gatal tangan, mil carilah maklumat dilaman Mr. Google. Saja nak tahu Pentingkah Google Sitelink blog?
Sebenarnya, Google hanya memberi Sitelinks kepada blog yang aktif dan mempunyai prestasi. Secara tak langsung ia akan menambahkan kredibiliti blog tersebut. Kesannya, pengguna internet juga akan lebih mempercayai blog yang mempunyai Sitelinks kerana ianya menampakkan ciri-ciri blog atau laman web yang menarik dan bermutu. Oleh itu, mana-mana blog yang mempunyai Sitelinks akan menerima lebih banyak klik dari Search Engine Results Page (SERP), mengikut terma carian yang menghasilkan Sitelinks. Selain itu, Sitelinks juga memberi lambang identiti tersendiri bagi sesebuah blog. Sumber
          Dah habis baca artikel yang mil petik, kembang kempis pula hidung mil. !!Tak Adalah!! . Mil ni taklah aktif sangat, tak selalu pun update blog. Mungkin rezeki mil, siapa tahu kan? Apa yang penting mil  sangat seronok dan bersyukur. Dapatlah juga blog mil merasa sitelink sendiri. Pejam buka mata, 29 Mei 2012 genap umur blog kesayangan mil setahun. Jadi, anggap jelah hadiah terbaik dari google. ~~TQ Google~~ .Tak pastilah boleh bertahan seberapa lama. Faham-faham jelah berblogging pun sekadar suka-suka dan untuk memenuhi masa lapang. Bagi sahabat blogger yang belum pernah merasa sitelink blog sendiri, insyaallah masa anda akan tiba tidak lama lagi.

Tak tahu Google Sitelink? Ala senang cerita, "Lu fikirlah sendiri, uppppssssssss Mr. Google kan ada".

Think it, Use it
Jangan Simpan
;