Anak Patung Bawah Kereta



~~Assalamualaikum~~

Tadi masa memandu di kawasan sekitar universiti, Mil ternampak satu anak patung tersangkut di bawah bumper kereta. Kesian mil tengok. Pada mulanya mil ingatkan anak patung tu tersangkut ataupun terjatuh. Tapi bila mil perhatikan betul-betul semacam disengajakan diletakkan disitulah pula.

     Sebenarnya, dah banyak kali mil nampak "benda" nie, bukan setakat kat kereta kat motor pun ada juga. Cumanya, mil buat bodoh jelah. Secara logiknya, rasa macam orang tak waras pula kalau letak anak patung kat bawah bumper kereta. Betul tak?. Gatal punya gatal tangan, mil carilah info kat google. Laaaaaaaaa, rupa-rupanya meletakkan anak patung dibawah bumper kereta ini adalah salah satu budaya orang siam (Thailand). *hishmacammacam

     Menurut artikel yang mil baca, masyarakat siam percaya roh orang yang mati didalam kemalangan akan berlegar-legar di tempat mereka mati. Bagi mengelakkan diganggu oleh roh yang tidak tentaram itu, terutamanya roh kanak-kanak, maka dengan memasang anak patung pada bumper kereta KONONNYA akan mengelakkan mereka daripada diganggu. Maksud yang lain pula, trend ini sebenarnya digunakan oleh pemandu teksi Thai yang mahu meletakkan roh lain pada anak patung supaya roh orang mati kemalangan tidak menganggu kereta mereka. Erti kata lain, anak patung ini digunakan untuk menghalau roh yang tidak tenteram.

     Tapi kena ingat, kita sebagai orang islam tidak bolehlah mengamalkannya kerana hukumnya haram untuk mempercayai kepercayaan yang membelakangi agama islam. TAK PERCAYA juga? Bacalah hadis dibawah...
Firman Allah, mafhumnya:Maka barangsiapa mengikuti petunjukKu maka ia tak akan sesat dan celaka. Dan barangsiapa berpaling tadah, tidak ingat kepadaKu maka baginya kehidupan yang sempit dan Kami akan membangkitnya di Hari Kiamat dalam keadaan buta." (Ta Ha : 123)

Sabda Rasulullah saw Bermaksud: “Siapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk sebahagian daripada Mereka” (Riwayat Abu Daud).
     Pengajaranya, selaku umat islam kita tidak bolehlah mengikut sesuatu perkara itu tanpa sebarang usul periksa. Takut sahaja perkara itu akan menyesatkan kita. Jadi BEWARE!!!, Berhati-hatilah dengan perkara seperti ini, JANGAN SAMPAI tutup mata buka mata kita telah mensyirikkan Allah S.W.T. 


Think it, Use it
Jangan Simpan
;