Tergamak Merogol Isteri Rakan




...Assalamulaikum...

TERGAMAK betol MEROGOL ISTERI RAKAN sendiri. Itulah yang terjadi di sebuah pekan kecil Ranau, Sabah.

Petikan akhbar yang mil ambil:
RANAU: Seorang lelaki tempatan telah ditahan polis setelah dipercayai merogol isteri rakan karibnya dalam satu kejadian di Jalan Marakau di sini malam Sabtu lepas. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superitendan Abdul Rahman Kassim berkata dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, suspek, 37, difahamkan melakukan perbuatan berkenaan di sebuah van dipercayai miliknya. Katanya, setelah merogol wanita terbabit, suspek kemudiannya bertindak menghantar mangsa pulang ke rumah yang terletak di Kampung Kilimu di sini. “Kita menerima laporan daripada mangsa dan suaminya kira-kira jam 12 tengah malam terbabit. “Bertindak atas maklumat, suspek akhirnya diberkas di rumahnya yang terletak di Kampung Marakau tidak lama selepas itu. “Hasil siasatan awal mendapati suspek merogol mangsa kerana menyangka wanita berkenaan adalah isterinya dan pada kejadian itu lelaki (suspek) terbabit dalam keadaan mabuk,” katanya sambil menambah siasatan kes masih diteruskan. Abdul Rahman berkata, kes itu kini sedang disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan. Terdahulu, difahamkan sebelum kejadian mangsa menghubungi suspek untuk mengambilnya di pekan Ranau dan dihantar pulang ke rumahnya di Kampung Kilimu. Mangsa juga dipercayai menyewa kenderaan suspek ekoran ketiadaan pengangkutan dari lokasi kerja yang terletak di pekan berkenaan. Ketika dalam perjalanan pulang, suspek (dalam keadaan mabuk) kemudiannya bertindak merogol mangsa di kawasan Lapangan Terbang Lama di Jalan Marakau sebelum menghantarnya kembali ke rumah. sumber

          Melalui info yang mil dapat, perogol ini sebenarnya sudah mempunyai 3 orang isteri. Tak cukup lagi ke weyhhh. Yang menghairankan alasan  yang diberikan perogol ialah dia berada dalam keadaan mabuk ketika itu. Tapi pada masa yang sama boleh pula memandu?. Nampak sangat menipu. Apapun, semoga keadilan berada di pihak yang benar. Pengajarannya kita kenalah sentiasa berhati-hati pada semua orang, walaupun mereka itu teman rapat kita.  Ah, Lu Fikirlah Sendiri Kata Nabil.


Think it Use it 
Jangan Simpan

17 Orang Pengkritik:

;