Tak Terkata #5


...ANTARA SEBAB-SEBAB PENJARA PUDU DITUTUP ?...
Begini kisahnya, berlaku di Penjara Pudu Kuala Lumpur di suatu ketika dahulu. Cerita ini hanya disebarkan kepada beberapa orang-orang tertentu sahaja. Sebenarnya, sebelum Penjara Pudu ditutup pernah diceritakan bahawa terdapat satu bilik dipanggil "Bilik Terakhir". Banyak orang kata dibilik inilah sering berlaku kejadian aneh sejak Penjara Pudu ditutup.

Dinamakan sebagai "BILIK TERAKHIR " kerana dahulu ia merupakan sebuah bilik kediaman bagi si pesalah jenayah berat sebelum menjalani hukuman gantung sampai mati pada keesokan harinya. Di BILIK TERAKHIR inilah pesalah dikatakan meluahkan emosi; meratap, menangis, menjerit, bercakap-cakap seorang diri dan berbagai lagi perlakuan kerana kekesalan terhadap kesalahan yang dilakukan. Mereka menjadi begitu kerana dikatakan lemah semangat menghadapi maut pada keesokan harinya yang telah diketahui mereka.

Menurut warden-warden yang masih ada di Penjara Pudu sewaktu proses pengosongan Penjara Pudu dijalankan, mereka sering terdengar suara-suara sayu meminta tolong, suara orang menangis dan bermacam-macam lagi dari Bilik Terakhir tesebut. Tak kurang juga ada diantara warden yang terlihat seekor kambing hitam sering masuk menembusi pintu bilik itu tanpa dibuka dan kemudian tidak pula kelihatan kambing itu keluar semula.

Ramai bomoh dan pawang yang dipanggil bagi memulihkan keadaan bilik tersebut. Mereka mengatakan bahawa suara-suara aneh yang sering kedengaran di waktu malam itu sebenarnya adalah roh-roh pesalah yang tidak tenteram kerana mati mereka ditali gantung. Nak dijadikan cerita pada suatu malam Jumaat ketika hujan renyai-renyai seorang warden telah ditugaskan untuk mengawal kawasan yang berhampiran dengan "Bilik Terakhir" itu. Ketika sedang berkawal kira-kira lebih kurang pukul 01:00 pagi. TIBA-TIBA, dia terdengar seperti tapak kaki sedang berlari-lari berhampiran bilik tersebut.

Lalu Warden itu pun cuba memberanikan diri untuk untuk melihat apakah bendanya itu. Sedang dia mengamati dengan perasaan sejuk seram maka terlihatlah dalam kesamaran seekor kambing hitam sedang menuju ke arah Bilik Terakhir itu. Anehnya, ia lesap dengan begitu sahaja. Yang menghairankannya, bagaimana seekor kambing boleh ada dikawasan itu?.

Oleh kerana ingin tahu, dia memberanikan diri untuk menghampiri Bilik Terakhir itu. Alangkah terperanjatnya dia apabila mendapati pintu bilik itu telah pun bertukar menjadi sebuah pintu gua. Dari saat itu, mulalah dia berasa gementar, seram serta menggigil ketakutan namun diberanikannya juga memasuki pintu gua yang samar-samar itu sambil meninjau-ninjau keadaan di dalamnya jika terlihat kelibat kambing hitam itu. Apabila sampai sahaja ke dalam gua tersebut alangkah terkejutnya dia apabila didapati banyak harta karun didalamnya. Lalu dia pun cuba mengambil harta itu. Tiba-tiba harta karun itu hilang dari pandangannya lalu menjelmalah satu lembaga yang mengerikan seraya berkata...

"Heyyyyyy manusiaaa. Jangan kau berani sentuh harta itu. Hartaaaa itu bukan kauuu yang punyaaaa " " Tapi Ahmad Albabbbbbbb yang punyaaaaaa " Ha Ha Ha Ha Ha " Yaaaaaaa, Ahmaddddddddddddd Albabbbbbbb yang punyaaaaaa ... "

~~TAMAT~~

Sumber : Facebook

...Assalamualaikum...

Cerita ini hanya rekaan semata-mata dan mil rembat je kat facebook sebagai hiburan. Tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jadi janganlah marah ekk, tengok tajuk pun dah tau dah. Ala, lu fikirlah sendiri kata Nabil. 

Think it use it, jangan simpan 

20 Orang Pengkritik:

;