Sejadah Sujud


...Assalamualaikum...

Pelik tapi Benar itulah yang berlaku di sebuah perkampungan Pahang apabila dikatakan 43 sejadah bagaikan berdiri dan sujud menghadap kiblat. Sehinggakan berita tergampar ini juga disiarkan di sebuah rangkaian televisyen, TV3. Peristiwa ini berlaku pada 11 Februari 2012.

Menurut akhbar yang Mil petik,
PAYA PASIR – “Sejadah ini seakan sujud dan dengan tidak semena-mena, saya seram menyaksikan apabila ada dua atau tiga sejadah lain turut tegak menghadap kiblat”. Demikian kata seorang pelajar Maahad Tarbiah Darul Hijrah Al Islamiah, Filza Nur Iffah Rosli, 11, yang menemui sehelai sejadah daripada 43 sejadah didakwa berdiri menghadap kiblat dalam sebuah surau lama di pusat pengajian Islam itu kira-kira jam 7.30 malam semalam. Filza berkata, pada jam 6.45 petang sebelum kejadian, pengetua maahad itu meminta dia bersama tiga rakan lain, Badlishah Sadino, 11, Aiza Zamri, 10, dan Norsyamira Ismail, 13, mengangkat 45 sejadah yang dijemur di penyidai kerana hujan. “Umi meminta kami mengangkat sejadah terbabit untuk dihamparkan di surau lama ini memandangkan semua sejadah masih lembap. “Selesai solat Maghrib, saya bersama seorang rakan, Najwa Baderi, 14, naik ke tingkat itu untuk mengambil :: Untuk selanjutnya » Berita Harian

Kesimpulannya:

Sengaja Mil petik pendapat seorang sahabat...
"...Kuasa Allah Maha Hebat... bukan ini tanda-tanda kebesaran ALLAH sebab kebesaranNYA sudah jelas dalam al-Qur'an, dengan ciptaan-ciptaan yang Maha Hebat yang takkan dapat ditandingi oleh mana-mana makhlukNYA. Kalau setakat sejadah berlipat begini, aku dan korang pun buleh buat. Nak repair henset lagi susah dari lipat sejadah macam ni...

p/s: Nmpk mcm cara aku sinis, tp aku yakin tanda-tanda kebesaran ALLAH bukan pada benda-benda mengarut yang boleh dibuat-buat manusia begini...."

          Pada pendapat mil, kalaupun bukan manusia pun yang buat, mungkin makhluk Allah yang lain yang lakukan. kita tidak kita tahu sebab menurut maklumat yang mil dapat surau tersebut sudah lama tidak digunakan. wallahua'lam... Sesungguhnya Allah sahaja yang mengetauhinya.

Palsu atau tidak mungkin ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita bahawa JANGAN SESEKALI MENINGGALKAN SOLAT. Lu Pikirlah Sendiri.

Klik sini untuk lihat video » 40 Sejadah Berdiri


Think it, Use it
Jangan Simpan
;