Rumah Terbalik Borneo



...Assalamualaikum..

Pernah nampak atau dengar tak tentang RUMAH TERBALIK?. Tak pun adik-beradik dengannya, sebagai contoh rumah kertas, rumah atas pokok, ataupun rumah besi. Mestilah pernah.. ehem2 .. tapi kat mr. google LAH. Selalunya jenis-jenis rumah yang unik seperti ini kebanyakkan terdapat di luar negara sahaja terutamanya di negara-negara barat.

          Buat julung-julang kalinya, Mil berasa bangga apabila seorang anak kelahiran Sabah telah membina sebuah rumah terbalik pertama di Malaysia di Kampung Bantayan-Telibong. Rasanya dalam kawasan Tamparuli, Sabah. Adalah 30 Minit perjalanan dari rumah mil.heheh

          Tujuan Rumah ini dibina ialah untuk menyampaikan mesej berkaitan alam sekitar. Menarik tentang rumah ini, pemilik rumah mengatakan semua peralatan yang diletakkan juga dalam keadaan terbalik seperti peti sejuk, dapur memasak, meja dan mesin jahit. CER tengok kat bawah...

Nak tolong promote ckitla...

          Pengunjung boleh melawat rumah terbalik ini dengan bayaran masuk berharga RM18 bagi orang dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak berusia sehingga 12 tahun. Bagi mereka yang mempunyai MyKad boleh mengunjungi rumah terbalik itu dengan bayaran RM10. Rasanya harga yang diberikan memang sangatlah berbaloi, kalau ada peluang mil pun ingin melihat sendiri keunikkan rumah terbalik ini Lah rupanya belum pergi juga. Unik atau tak. Ah, Bak kata Nabil Lu Fikirlah Sendiri.

Untuk Gambar Lain : The Upside Down House in Borneo!



Think it, Use it
Jangan Simpan

23 Orang Pengkritik:

;