Jodoh


...Assalamaulaikum...

Sudah lumrah setiap dari kita yang bergelar manusia diciptakan berpasang-pasangan diantara lelaki dan wanita. ehem2 kalau yang sejenis tu JANGAN berdosa ekk. Terpulang kepada Allah, sama ada jodoh kita awal ataupun lambat. Itu adalah ketentuannya.

          Apabila kita bercerita tentang jodoh, jodoh ini samalah juga ertinya dengan rezeki, ia telah ditentukan. Walaubagaimanapun seseorang itu tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada kaedah ini. Jangan kerana jodoh pertemuan itu di tangan tuhan maka kita tidak berusaha untuk mencarinya. Sebaliknya mengambil jalan mudah dengan bersikap suka menunggu. Janganlah jadi PEMALAS adooiii usaha tu penting...hehe

         TANPA USAHA!!! jelas menunjukkan satu prinsip hidup yang bercanggah dengan ajaran Islam. Setiap dari perkara yang kita lakukan termasuklah dalam mencari JODOH kenalah disertakan dengan USAHA. Mungkin ia sebagai satu cara untuk kita mengenali hati budi pasangan kita dan membuat pilihan yang tepat.

          Dengan syarat kita juga hendaklah menyerahkan kejayaan usaha kita itu kepada Allah S.W.T. Sesungguhnya kita yang merancang dan dia yang menentukan. Sekiranya, setelah berusaha tetapi jodoh tidak ditemui juga maka barulah kita boleh mengatakan jodoh dan pertemuan itu di tangan Tuhan. 

Bacalah...(petikan yang mil petik)
Jodoh Itu Rahsia ALLAH, Sweet Kan ALLAH...
"DIA" Nak Bagi Kejutan kepada Kita...
☻♥☻
/█\/█\
.||.||.
SEKUAT mana saya SETIA…
... SEHEBAT mana saya MERANCANG…
SEJAUH mana saya MENUNGGU…
SEKERAS mana saya BERSABAR…
SEJUJUR mana saya MENERIMA AWAK…
Jika ALLAH Tidak Menulis Jodoh Kita Bersama..
Kita Tetap Tidak Akan Bersama..
Tiada Yang Kebetulan Melainkan Semuanya Telah Dirancang..
Dan Sebaik Baik Yang Merancang Itu Adalah ALLAH s.w.t..
Maha Perancang Segalanya...
          "Apabila tiba saat jodoh itu datang kepadamu, sambutlah dia dengan hati terbuka dan jangan sesekali melepaskan ia pergi." Tidak mengapa jika sudah banyak kali kita merasai kegagalan dan kepedihan dalam mencari jodoh kita. Tapi, jangan sesekali berputus asa dan harap di atas rahmatnya. Ingatlah bahawa sesungguhnya janji Allah itu senantiasa benar. Apa yang penting, tanamkan dalam hati dan jiwa untuk mencari jodoh yang baik dengan jalan yang baik juga. Siapa jodoh kita? Dan bila? Itu bukan kerja kita. Itu ketentuan Allah.

Kerana milik kita hanyalah SEBUAH usaha.


Think it Use it
Jangan Simpan

25 Orang Pengkritik:

;