Melatah



...Assalamualaikum... 

OPOCOT!!!! Masyarakat kita terutamanya kaum Melayu sememangnya seringkali dikaitkan dengan budaya melatah istimewanya dalam kalangan warga emas. Sebagai hiburan dan cuitan hati. Hinggakan, ada yang menganggap sesebuah majlis keraian bagaikan kurang seri tanpa mereka yang melatah ini. Jika diperhatikan, apabila seseorang itu melatah, dia seolah-olah hilang pertimbangan dan lupa seketika akan perbuatan yang dilakukan. Anehnya, tiada siapa yang akan menjauhkan diri daripada mereka malahan jika terus diusik latah mereka akan terus berpanjangan. 

     Menurut wikipedia, LATAH adalah suatu keadaan fizik di mana penderita secara spontan mengeluarkan satu respon atau tindak balas (berupa ucapan kata-kata atau kalimat dan sering disertai gerakan tubuh) terhadap suara atau gerakan yang sifatnya mengejutkan penderita. Sejauh ini, latah hanya terdapat dalam budaya orang Asia Tenggara, terutamanya di Indonesia dan Malaysia. Oleh sebab itu, latah dianggap sebagai suatu sindrom khusus kebudayaan. Menurut Pakar Psikologi, Dr William S Buroughs, menjelaskan latah adalah situasi terkejut melampau (hyperstartling) yang hanya ditemui di Asia Tenggara pada sesetengah bangsa saja dan amnya pada wanita. 

     Selain dikaitkan dengan golongan berusia dan wanita, latah sebenarnya juga terdapat kalangan belia muda. Malah jangan hairan jikalau golongan lelaki juga tidak lari dari mendapat sifat suka melatah ini. Sebenarnya, untuk mengelakkan diri dari sifat suka melatah, pertama sekali elakkan mendekati orang-orang yang suka mengusik kita, lebih-lebih jika mereka tahu kita seorang yang 'melatah'. 

     Ke dua, elakkan juga dari menghabiskan terlalu banyak masa dengan orang-orang yang melatah kerana ia merupakan satu penyakit yang berjangkit. Ke tiga, pastikan rumah sentiasa bersih agar kita tidak akan menemui perkara-perkara yang boleh membuat kita tersentak atau terkejut. (tikus, lipas terbang, cicak, & dll) 

     Akhir sekali haruslah sentiasa berjaga-jaga. Banyakkan bermain permainan yang memerlukan banyak pemikiran kritikal supaya minda sentiasa bekerja. Hal ini kerana melatah kebiasaannya berlaku apabila sesuatu perkara berlaku di luar jangkaan. Oleh itu, dengan mempunyai banyak permainan berfikir, ia sebenarnya menjaga otak kita agar lebih berjaga-jaga supaya mudah mengawal perkara atau perbuatan yang melakukan. 


Kesimpulan... 
Melatah ini memang sudah sinonim dengan budaya melayu. Walaubagaimanapun, jika seorang pelatah kerap kali diusik, kemungkinan besar ia akan mewujudkan tekanan kepada mereka. Jadi, janganlah suka usik-usik mereka nie, nanti jadi sama engkau PADAN MUKA. Malas mau cakap banyak, Lu Fikirlah Sendiri kata Nabil. 



Think it Use it 
Jangan Simpan 



;