Mahasiswa atau Mahasewel


Assalamualaikum, lamanya tak update blog kesayangan mil nie. Rasanya dah masuk dua bulan lebih kot. Inilah jadinya bila sibuk sangat dengan politik, pelajaran dan program di universiti. Kehidupan seorang mahasiswalah sangat katakan,sibuk itulah sibuk inilah. Alasan je tu. Jadi, waktu-waktu cuti semester nie  adalah masa-masa nak ber-blogging.

            Bercakap mengenai mahasiswa, baru-baru ni mil ada terbaca salah satu entri rakan blogger mengenai seorang Mahasewel mahasiswa sebuah universiti terkemuka negara. Rasanya berita ni dah tersebar luas ke seluruh negara. Cer buka tv3 buletin utama..

"Penuntut ugut PM dalam facebook dicekup akibat gurauan melampau "
Polis menahan seorang pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan selepas membuat kenyataan berunsur ugutan menerusi laman blognya, di Georgetown hari ini. Menurut Bernama, dalam kenyataannya pelajar terbabit dikatakan mahu meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam lawatannya ke kampus itu minggu hadapan. Pelajar terbabit akan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.Ketua Polis Negeri Datuk Ayub Yaakob yang dihubungi mengesahkan perkara itu dan akan mengadakan sidang media mengenainya esok. Sementara itu, Star Online, pula melaporkan pelajar berkenaan menulis: "Najib akan datang ke kampus kami ... mari kita bom helikopternya itu ...". Portal itu juga memetik Ketua Polis Daerah Georgetown Gan Kong Meng berkata pelajar itu dibawa ke balai polis untuk disoal siasat pada kira-kira jam 1.30 tengahari tadi."Polis sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah. Beliau sebelum ini dicekup di kampus di Nibong Tebal. "Kes ini masih perlukan siasatan lanjut. Kami akan umumkan jika ada apa-apa perkembangan, " katanya dipetik Star Online.

Sumber: MalaysiaKini
       Pelik tapi benar, inilah mahasiswa kita sekarang. TUNJANG NEGARA, BAKAL PEMIMPIN MASA HADAPAN. Bila diimbas kembali banyak sangat kes-kes seperti ini berlaku, kalau dulu hangat dipasaran diperkatakan tentang kes seorang mahasiswa menghina lagu negaraku. Kini muncul pula dengan status berbaur ugutan terhadap PERDANA MENTERI KITA yang disayangi. Mungkin gurau-gurau nak jadi femes kot. Bak kata makcik-makcik kantin, nak bergurau boleh tapi kenalah pakai kepala otak bukannya kepala lutut. Alahai senang cerita LU PIKIRLAH SENDIRI KATA NABIL.


Think it Use it 
Jangan Simpan


5 Orang Pengkritik:

;