Lesen Automatik di Malaysia



...Assalamuaikum...

Kecoh punya kecoh rupa-rupanya kerajaan akan melaksanakan juga Lesen Pemanduan Automatik dalam bulan Mei 2012. Pada pendapat mil perlaksanaan Lesen Automatik ini amatlah berguna terutamanya kepada golongan yang kurang faham akan cara penggunaan kereta manual khususnya dalam kalangan kaum wanita. Walaubagaimanapun bagi mereka yang mempunyai lesen kenderaan automatik ini hanya boleh memandu kenderaan transmisi automatik, manakala mereka yang mempunyai lesen pemanduan manual boleh memandu ke dua-dua sekali.
IPOH 10 Jan. – Mereka yang lulus ujian memandu dengan menggunakan kenderaan transmisi automatik hanya akan diberi lesen memandu kenderaan jenis itu sahaja. Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, pengenalan lesen memandu kelas automatik itu merupakan penambahbaikan yang dibuat dalam Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu yang bakal dilaksanakan sekitar Jun ini. ‘‘Apabila sistem baru itu dilaksanakan, pelatih boleh memilih untuk diuji dengan kereta transmisi manual atau automatik berbanding sistem sekarang yang hanya membenarkan kenderaan transmisi manual. ‘‘Jika diuji dengan kereta transmisi manual, mereka boleh memandu kedua-dua jenis kenderaan tetapi jika diuji dengan transmisi automatik, mereka hanya boleh memandu kereta automatik sahaja,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan cek sumbangan Magnum Corporation sebanyak RM69,000 untuk sebanyak 23 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili golongan kurang upaya, sakit dan tua di sini hari ini. Sebelum ini, Dewan Rakyat diberitahu, kerajaan bercadang membenarkan penggunaan kenderaan transmisi automatik bagi ujian memandu di negara ini melalui penambahbaikan yang terkandung dalam Kurikulum Baharu Pendidikan Pemandu... Selanjutnya klik sini Berita Harian
          Melalui info yang mil dapat, salah satu negara yang turut menyediakan lesen automatik ini ialah Australia. Setuju atau tidak, kebaikannya ialah pengambil lesen diberikan peluang untuk memilih sama ada ingin mengambil lesen pemanduan automatik atau manual. Nak senang ambillah lesen automatik. Lu Fikirlah sendiri kata Nabil.


Think it Use it
Jangan Simpan

9 Orang Pengkritik:

;