Jauh Perjalanan Luas Pengalaman

Assalamualaikum 

Gambar Mil dan Rakan-rakan di Semporna

Semestinya sekarang merupakan hari-hari yang bahagia buat pelajar-pelajar, mana taknya CUTI SEMESTER DATANG LAGI. Sepanjang cuti ini banyaklah juga aktiviti yang mil buat, berjalan-jalan dengan KENGKAWAN. Pernah dengar BANDAR TAWAU TAK?. Kalau orang sabah confirmlah tahu. KALAU TAK TAHU BAGUS BALIK BANGLA. 

        aHha, musim cuti semester kali ini, di sanalah mil menyibukkan diri bersama rakan-rakan dari semenanjung mahupun sabahan; mandi sungai, tengok air terjun, makan soto makasar, bakso dan bermacam lagi. Macam-macam ada bak kata astro. Rasanya, kalau dari kota kinabalu perjalanan untuk ke Bandar Tawau mengambil masa kira-kira 8 – 10 jam. Apa yang menariknya sepanjang perjalanan ke sana, semua tempat menarik dapat kita singgah. Contohnya, Gunung Kinabalu, Kundasang, Ranau, Lahad Datu. Alahai, kiranya tempat-tempat perlanconganlah. Ehem, tapi kalau naik kapal terbang, memanglah korang tengok awan SADJA

        Paling seronok, bila sampai Semporna. Sebelah bandar tawau sadja, kira-kira dua jam perjalanan. Alahai, memang cantik SIOOOOT. Patutlah krew produksi filem DUYUNG memilih tempat itu sebagai lokasi penggambaran. Bangga tu memanglah bangga, dah namanya Negara Malaysia kita kaya dengan tempat yang cantik dan indah. Cehhh.

Antara gambar-gambar yang mil sempat ambil:


 minta maaflah ya buruk, mil bukannya photographer...hahaha




        Sepanjang merantau di sana, mil bersyukur memperolehi pengalaman yang seronok dan indah. Banyak sangat pengajaran dan pelajaran baru yang mil dapat. Disamping, mempunyai sahabat-sahabat yang baik dan penyayang. Mungkin ramai yang memilih untuk bercuti dengan ahli keluarga, tapi CUBALAH dengan rakan pula sekali sekala pasti pengalaman yang berbeza dan baru menanti anda. Tapi pilih kawan-kawan yang kepala otak dorang OK eyaa.

Think it Use it
Jangan Simpan

9 Orang Pengkritik:

;