Impian Saya



~~Assalamualaikum~~

Impian dan cita-cita adalah dua kata yang sering kita ucapkan. Walaupun ia mempunyai dua makna yang berbeza, akan tetapi ke dua-duanya saling mempunyai hubung kait antara satu sama lain. Ingat tak masa “kecik-kecik” dulu? Selalunya impian kita lebih bersifat fantasi berbanding realiti seperti nak jadi superhero, nak terbang ke bulan, ataupun nak kahwin dengan anak raja. Kalau bersifat realiti pula, ada yang nak jadi askar, polis, doktor, peguam, ataupun bomba. 
Man : shila,,,shila... Nanti dah besar, shila nak jadi apa? Impian?...hehe
Shila : impian kita, nak kahwin dengan awak... Heeeeeeeeeeee
     Apabila meningkat remaja dan dewasa pula, impian kita semakin kukuh dan utuh; lebih bersifat ke arah dunia pekerjaan. Mungkin di situ, kita mengenal apa yang kita mahu atau inginkan. Paling penting kita mulai memahami impian hidup masing-masing walaupun keadaannya masih samar-samar lagi. Dan begitulah seterusnya, kitaran kehidupan dan impian kita. 

     Impian sebenarnya mampu mewarnai warna kehidupan seseorang. Impian mengajar kita agar berusaha untuk mengapai sesuatu, melatih kita agar sentiasa  berdoa kerana tanpa izinnya mustahil untuk kita dapat mencapai sesebuah impian. Tapi bagaimana pula dengan orang yang tidak mempunyai impian? hanya inginkan kesenangan mudah tanpa sebarang cabaran dan dugaan. 

     Sebenarnya, pada mil seseorang yang tidak mempunyai impian adalah seorang yang rugi. Sebabnya dia tidak mampu merancang apa yang ada dihadapannya. !!!INGATLAH!!! Walaupun, kadang-kadang kita tak dapat nak jadi apa yang kita nak jadi, tak dapat nak gapai apa yang kita nak gapai, tak dapat nak tunaikan apa yang kita impikan. Namun, apa bezanya kita? Kita ada impian berbanding yang tiada impian. 

Think it, use it^^jangan simpan

45 Orang Pengkritik:

;