Stress & Tekanan


Kenapa di dalam tenang perlu ada serabut?. Setiap dari kita mesti pernah merasai perasaan stress/tekanan, atau nama manjanya tension. Bila datang sahaja perasaan stress itu, mesti rasa sakit sahaja urat-urat sarat kepala Otak. Lagi-lagi, bila orang sekeliling seperti tidak memahami situasi kita pada waktu itu. 
Amir : Ala, tekanan ke bro.. baru putus CINTA..(gelak sampai nak terkucil).
Rads : hmmmmm,,buat lawak pula koe ya mir tyme aku tensennnnn... (nasib baik koe BFF, kalau tak memang dah makan siku aku).
          Menurut artikel yang mil baca, stress/tension sebenarnya di sebabkan oleh kejadian sesuatu perkara dalam kehidupan kita; sakit, kehilangan orang yang di sayangi, putus cinta, perubahan dalam tanggungjawab, masalah kewangan, masalah pelajaran ataupun sikap orang sekeliling. Sebagai respons kepada tekanan itu; darah, pernafasan, jantung, metabolisme, otot kita pun tak berapa nak betul ataupun dalam sainsnya tidak stabil. Maka, perasaan “TENSION” pun akan berlaku dalam diri kita. 

          Cara yang terbaik untuk menangani “Tension” ialah dengan membasminya. Analoginya, jika anda sudah tahu anda mempunyai alergi dengan kacang, maka kenalah hentikan dari memakannya. Secara logiknya, alergi anda pun akan hilang. Maka, begitulah juga dengan perasaan “tension” kita, untuk mengatasinya mudah!!! CUMA perlu mencari satu teknik yang sesuai dengan diri kita. 

          Misalnya, bila dengar muzik, tekanan/stress pun hilang. Mungkin itu adalah cara terbaik untuk diri kita melepaskan perasaan tension. Paling penting, bila stress kita sudah semakin berkurang, maka jadikanlah ia sebagai satu motivasi agar kita boleh berfikir ke arah yang lebih positif. 

          Sebenarnya, banyak lagi cara untuk melepaskan stress seperti urutan, bertakafur, berzikir, berdoa & kaunseling. Tapi bagi mil, cara untuk melepaskan stress dan tekanan ialah dengan membuat perkara yang mil suka. Asalkan, perkara itu tidaklah menyalahi agama, menyusahkan orang lain ataupun membinasakan diri sendiri. 


Think it ^^ Use it, Jangan simpan 



39 Orang Pengkritik:

;