Sahabat



~ Assalamualaikum ~

Mempunyai sahabat yang rapat dan memahami kita merupakan sebuah anugerah yang tidak ternilai harganya. Seorang sahabat tentu sahaja mampu mempengaruhi warna-warna kehidupan kita, tidak kiralah dari segi hobi, minat mahupun sifat sekalipun. 

     Selalunya, bila kita rasa sedih, dialah yang sudi mendengar luahan kita, tatkala bila rasa “happy” pun dialah juga yang sudi menumpang gembira. Begitulah kehebatannya, manusia yang bernama sahabat. Ya, MINDA seakan-akan sudah diset sejak azali lagi agar kita berpendapat orang yang baik akan bersahabat dengan orang baik dan begitulah sebaliknya 

Tapi, apakah persepsi kita, apabila sahabat kita seorang yang mementingkan diri?. 
Wan, Kevin, Muthu dan Pang duduk satu rumah. Tapi si Wan jenis yang tidak bergaul dengan budak-budak rumah yang mana asyik terperap sahaja dalam bilik. Bila di bawa makan bersama, ada sahaja alasan yang diberi. Tapi bila waktu tidur, dia keluar bilik pergi dapur masak tengah-tengah malam.
     Kadangkala ada juga sahabat kita yang bersifat pengampu. Setiap perkara yang kita lakukan dia akan bersetuju, tidak kiralah sama ada perkara itu betul ataupun salah. "Broooooooooooo, betullah apa kau cakap tu, aku setuju sangat." Tapi yang menyedihkan, cakap depan lain cakap dibelakang pula lain. 

     Sahabat yang seperti ini, selalunya akan setia apabila seronoknya datang: berhibur dan melepak. Dia senang menjadi sahabat jika kita suka berlibur, berkeliaran dan melepak pada-pada bila masa. Tapi hilang bila kita dalam masalah dan kesempitan. 

     Rasulullah mengumpamakan sahabat yang baik itu seperti pembawa minyak wangi. Adakalanya kamu diberi dan adakalanya kamu memberi. Dan yang pasti, kamu akan merasakan bau harum dari minyak wangi yang dibawanya. Sedangkan sahabat yang buruk diumpamakan sebagai peniup api. Kalau tidak terbakar pakaianmu, tentulah engkau akan mencium bau busuk darinya.

     Apabila kita bersahabat, perkataan berhati-hati perlu ada dalam minda kita kerana sahabat sejati: Dalam masa kejayaan, dia mengenal kita. Dalam masa kesengsaraan, kita mengenal dia.

Think it, Use it ^^ Jangan simpan

55 Orang Pengkritik:

;