Busuk Hati


~Assalamulaikum~

Pernah tak jumpa orang yang busuk hati?. Suka memburuk-burukkan orang lain. Sikit punya hal buruk pada mata dia, mulalah nak bising dan mengumpat. Amat menyedihkan lagi, jika yang busuk hati ini pula adalah orang yang kita kenal. 

     Sebenarnya, bila seseorang manusia itu ada sikap busuk hati, maka akan terpancarlah juga pada tingkah laku dan raut wajah kebusukkan hatinya itu. Busuk hati ini wujud pada seseorang, apabila dia tidak suka sesuatu kebaikan yang diperolehi oleh orang lain. Apabila disebutkan di hadapannya tentang kesenangan mana-mana hamba Allah, hatinya menjadi sempit dan resah. “Wooo, panas je telinga aku, bila aku dengar dia dah berjaya dan kaya”. Tetapi apabila diketahui pihak lawannya gagal dan menerima nasib malang, dia akan berasa gembira dan suka hati.”yessssss, padan muka dia, kecik-kecik taknak mampus, bila besar menyusahkan orang”. 

Cuba hayati dan baca kisah cerita dibawah:
Sewaktu zaman tadikanya, dia sentiasa memperoleh tempat pertama dan memegang gelaran pelajar terbaik. Begitu juga apabila dia naik ke sekolah rendah, markah 100 dalam setiap subjek dan tempat pertama, kedua atau ketiga sudah pasti di dalam gengaman. Ada seorang manusia yang punya talian persaudaraan dengannya mengeluarkan kata-kata ini. "Sekolah rendah ni boleh la nak dapat markah seratus dan nombor satu, tengoklah UPSR nanti" Walaupun pelajar lelaki itu masih kecil namun otaknya sudah merangka-rangka sesuatu tentang masa depannya. Dengan segala berkat dan usaha. Maka dia berjaya memperoleh 5A di dalam UPSRnya dan berjaya melayakkan diri ke sekolah berasrama penuh yang dahulu pernah menjadi idamannya. Maka senyaplah mulut manusia yang iri hati itu. Begitulah apabila tiba saat PMR. Manusia busuk hati itu sekali lagi berkata, "Dulu anak aku pun pandai macam tu lah, sampai PMR tak boleh pergi punya." Maka sekali lagi dengan segala berkat dan usaha. Dia berjaya mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam PMR. Terdiamlah lagi si manusia busuk hati itu. Apabila tiba saat budak lelaki itu untuk mengambil SPM. Nasihat yang sama juga diberikan. " SPM ni susah , tak boleh buat punyalah, anak saya dulu pun dapat sikit je A." Ya benarlah, syaitan itu kerjanya menyesatkan anak adam. Syaitan sentiasa membisikkan kepada anak Adam perkara-perkara kejahatan agar dapat melaga-lagakan anak adam itu antara satu sama lain. Setelah keputusan SPM keluar, budak lelaki tersebut dapat menempatkan diri untuk menyambung pengajian dalam bidang yang dia ingin ceburi di luar negara. Terdiam lagilah si busuk hati itu...
     Di dalam dunia ini bermacam-macam jenis manusia yang boleh kita jumpa. Kagum tak jika terserempak dengan lelaki yang berserban dan wanita yang bertudung labuh. Sejuk saja mata memandang. Tapi sayangnya iman seseorang bukanlah terletak pada serban dan kopiahnya. Bukan juga terletak pada tudung labuh dan jubahnya. Tapi terletak pada hati nuraninya. Walau cantik manapun luaran kita, tapi hati kita busuk, tetaplah akan menjadi buruk pada mata orang lain.

Think it^^use it, Jangan simpan 

47 Orang Pengkritik:

;