Bazir & Tamak



Seorang remaja lelaki ke kedai pakaian dan mencuba sehelai seluar slack untuk kegunaannya di Universiti. 

“uuuuhhhhh, selesanya seluar ni, terbaiklah”, katanya dalam hati. 

Oleh kerana amat menyukai kualiti kainnya, maka dia terus membelinya: “mahal pun aku tak kisah, yang penting untuk keselesaan diri dan ketahanan kain. Lagipun, tak ada salahnya berbelanja untuk sesuatu yang bermanfaat.” 

Semasa di kaunter pembayaran, tauke kedai pun bertanya “ adik tak nak potong sedikit seluar tu?. 

Jawapannya ringkas, “taknaklah, membazir sahaja, bukannya tak boleh lipat pun.” 

Masing-masing diam. Namun dalam hati remaja itu terdetik: "ele, beli mahal-mahal takkan nak potong. Mesti tauke ni nak kumpul helaian yang dipotong, lepas tu jahit balik dan jual. Mana adil? Dia yang dapat untung. Lagipun aku dah mengelakkan pembaziran antaranya: 
  • Tidak membazir ilmu dan amalan; aku tahu memotong seluar yang terlebih panjang adalah membazir.
  • Tidak membazir akal, hati dan kekayaan; Aku berfikir sebelum membeli dan berniat untuk tidak memotong seluar itu kerana aku mengeluarkan duit yang banyak untuk seluar itu.
Setiap hari, seluar yang dibangga-banggakan itu dipakai ulang-alik ke kelas dengan dilipat tiga lipatan kecil . Satu hari semasa pulang dari kelas, tiba-tiba dia terasa ada sesuatu yang bergerak di dalam lipatan kecil itu. Apabila dibukanya lipatan itu, alangkah terkejutnya dia melihat beberapa batu halus dan seekor kumbang busuk yang boleh membawa penyakit.
~Assalamualaikum~

Mungkin ada yang berpendapat bila membaca kisah di atas, remaja tersebut sangatlah menjaga dirinya daripada pembaziran. Walaubagaimanapun, atas kesilapannya untuk memahami makna sebenar pembaziran. Maka sifat tidak ingin membazir itu mulai bertukar dengan sifat tamak. Ada ulama pernah berkata, Ketamakan dalam mengumpul harta akan merapatkan diri kepada pembaziran yang melampau. Analoginya, sikap tamak remaja yang tidak ingin memotong seluar itu telah menyusahkan dirinya sendiri. Menjaga sifat suka membazir itu baik tapi janganlah sampai menimbulkan sikap tamak dalam diri kita.

Think it Use it ^^ Jangan simpan

49 Orang Pengkritik:

;