Petua Orang Tua



“Mak oh Mak”, jerit Man memangil ibunya.

Ketika itu Man sedang sibuk memotong daging yang dibelinya kemarin petang, nak harapkan ibunya yang sudah tua, ditambah lagi dengan sakit yang pergi datang. Jadi, kerja menolong di dapur sudah menjadi tanggungjawab Man sebagai seorang anak tunggal.

“Mak datang ni, ada apa nak?”, balas ibunya

“Mak, susahlah nak potong daging ni, sudahlah keras macam batu bukan setakat dua jam Man rebus, tapi masih tak lembut-lembut juga, lenguh dah tangan Man ni” rungut Man pada ibunya.

“Kan Mak dah pesan, letak garpu bila nak rebus daging tu, inikan pesan nenek moyang kita, petua orang-orang dulu.”

“BIAR BETUL? TAK LOGIK lansung, adakah letak garpu? mustahillah daging boleh lembut.” Jawab Man Tak percaya.

“Eh’eh, tak percaya pula budak ni.”

Akhirnya, Ibu Man pun menunjukkan sendiri cara melembutkan daging dengan petua itu. Selang sejam kemudian, daging yang keras itu menjadi lembut dan mudah dipotong.

“Betullah cakap mak, daging ni dah lembut.”

“Kan Mak dah kata, Percaya tak sekarang?, sebenarnya banyak lagi petua orang dulu yang masih boleh diguna pakai oleh orang zaman sekarang. Contohnya petua pantang larang dalam kehidupan, petua dalam masak-memasak, dan macam-macam lagi.”

Tak semestinya masa berlalu, kita lupa petua yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita. Kecualilah perkara itu bertentangan dengan agama kita nak”, nasihat ibunya.

“Yalah Mak”, jawab Man sambil tersengih.

Pesan Mil
Janganlah kita lupa petua orang-orang tua kerana banyak kegunaannya. Lagipun, Orang tua-tua kita dulu tinggi dengan adab dan sopan santunnya dan dari situlah segala petua ini datang. Mungkin ada sebabnya mereka menurunkan segala petua/pantang larang kepada kita. Yang pasti tujuannya untuk kebaikan bersama. Kita tahu ada petua yang bertentangan dengan agama, tetapi petua nenek moyang kita bukan satu dua sahaja, tapi banyak. Jadi kita ikut yang dibolehkan, kita jauhi yang dilarang. as SIMPLE as THAT!!!!!!!

 Think it, Use it ^^ Jangan simpan.

47 Orang Pengkritik:

;