Mulut dan Hati


~Assalamulaikum~

Kita sering menilai seseorang berdasarkan percakapan dan luaran mereka semata-mata. Apakah persepsi kita apabila mendengar ungkapan seperti ini, “Naa, aku ada RM10.00 hinggit , takpala aku bagi pinjam dulu, tak kisah bayar lambat. Kalau nak pinjam lagi, cari aku je”?. 

     Biasanya ungkapan sebegini benar-benar membuatkan kita rasa selesa, bersyukur dan amat senang sekali. Tapi malangnya kadangkala ia sekadar kata-kata untuk menunjukkan sifat luaran yang ada pada seseorang dengan harapan kita akan memberikan penilaian positif terhadapnya. 

     Amat menyedihkan lagi, jika kata-kata mereka itu hanyalah sekadar pemikat untuk menyedapkan telinga orang yang mendengar. Bagaimana pula kalau hatinya berkata. “ haiiizz, lepas ni mesti nak pinjam lagi ni. Teruk punya orang, cubalah belajar simpan duit”. Hakikatnya, lain di mulut lain pula di hati. 

     Ironinya apabila kita berjumpa dengannya lagi untuk meminta sesuatu nasihat, atau mengutarakan sesebuah masalah. Kita akan mulai dipandang serong dan dikatakan tidak pandai berdikari. Yang lebih teruk lagi, apabila bab ungkit-mengungkit mulai timbul dan menjadi "orang" tengah.

     Sebenarnya, Manusia bersikap sebegini kerana keikhlasan hatinya tidak sampai yang berpunca dari sifat sombong, ego, bangga dan hipokrit. “Ala, biasala tu, kalau cakap terus terang adalah yang kecil hati, kena pulau pula”, nak buat sesuatu biarlah ikhlas. Kalau diandaikan manusia ini boleh mendengar isi hati sesama sendiri? mesti rasa sakit sahaja hati orang yang meminta bantuan.

     Jadi, kita kenalah beringat-ingat sesungguhnya Allah s.w.t amat membenci orang yang memiliki sifat seperti mana golongan munafik, pandai bermain kata-kata manis dihadapan tetapi penuh dengan kebencian dibelakang.
Think it, Use it ^^ Jangan simpan

45 Orang Pengkritik:

;