Impian Sebuah Kegagalan

~~Assalamualaikum~~

!!JOM LAYAN!!
“Merah lagi!!! Napalah aku selalu dapat markah rendah dalam peperiksaan. Aku ni memang tak pandailah.”
“Kena mengulang peperiksaan lagi. Mesti semua pandang rendah pada aku nanti.”
Ini mungkin keluhan kita apabila mengalami kegagalan. Tak kiralah jenis kegagalan itu, samada kegagalan di sekolah ataupun universiti mahupun mengambil lesen kereta sekalipun. Bila mengalami kegagalan mesti rasa “EMO” sahaja sepanjang hari. Malahan, bagi sesetengah yang lemah semangat pasti mengganggu emosi, fizikal dan spiritual mereka. 

          Ironinya, kalau gangguan dari segi fizikal bolehlah kita nampak tanda-tandanya, bak kata orang tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang, “girlpren/boipren” pun tak ingat. Mana taknya, orang lain boleh tapi kita dapat warna “MERAH” pula. Padahal, kita tahu ia merupakan kesilapan diri-sendiri. 

          Dari sudut emosi pula, kadangkala kita hilang semangat. Serupa ataupun sebiji dengan perasaan putus cinta. Bergantunglah juga dengan diri masing-masing ada juga yang merasa rendah diri. Analoginya, kalau sebelum itu duduk 24 jam melayan facebook, pastinya untuk seminggu taknak online. Mengapa? Sebab takut ditanya oleh kawan-kawan dan dibanding-bandingkan keputusan kita dengan mereka. Pastinya perasaan ini akan lebih ketara jika ANDA seorang pelajar. 

          Ya, mil pun seorang pelajar dan pernah melalui segala perasaan di atas. Siapa juga suka akan kegagalan?. Di sini, mil kongsikan sedikit cara mengatasinya melalui pembacaan mil. Pertama sekali kita kenalah ingat semua HAMBA LAYAK DIUJI. Tanpa ujian bagaimana untuk kita lihat siapa diri dan kekurangan kita. Malah, ketauhilah disaat kegagalan itu kita akan tahu siapa yang sentiasa berada disisi. 

          Ke dua, INILAH LUMRAH KEHIDUPAN. Tiada seorang pun dalam dunia ini yang sepanjang hidupnya akan sentiasa berjaya dan mendapat apa yang diinginkan. Mengapa? kerana hanya Allah s.w.t yang menentukan segalanya untuk kita. Cuma kita dibekalkan akal dan hati untuk mengenal erti gigih dan usaha. Sebagai contoh, lihat Nabi Muhammad s.a.w tetap meneruskan dakwahnya walaupun pernah mengalami kegagalan untuk menyampaikannya.

          Akhir sekali, “BE POSITIVE THINKING”. Jauhi diri kita dari mengutuk diri kononnya kita bodoh dan seangkatannya. “Merah lagi!!! Napalah aku selalu dapat markah rendah dalam peperiksaan. Aku ni memang tak pandailah.” Apakata kita tukar “saya dapat markah rendah sebab kurang latihan dan agak malas, jadi saya kenalah lebih berusaha untuk seiring dengan kawan-kawan.” 

Panjang pula entri mil kali ini, mungkin sebabnya mil perlukan sedikit motivasi sempena permulaan semester baru. Apapun, tujuan perkongsian ini adalah kebaikan kita bersama.


Think it, Use it ^^ Jangan simpan

40 Orang Pengkritik:

;