Blog Lelaki Berbunga

~~Assalamualaikum~~

!!Jom Layan!!
Di suatu petang Amit dan Man ke perpustakaan merancang untuk belajar bersama, sambil itu mereka sempat bercakap-cakap tentang blog mereka.
Amit : Asalamulaikum bro, tak jawab salam tumbuh ketumbit nanti. Apa kau buat? Update blog?.
Man : Walaikumsalam, amboi-amboi ketumbit, takda benda lain, bisul ke? canggih sikit! Ya, aku update bloglah nie.
Amit : Mari aku tengok blog kau. Alamak berbunganya kalah budak perempuan, nak muntah aku tengok.
Man : Eh’eh, mulut jaga sikit, tak karang aku bagi kau penampar jepun. Ok apa berbunga, tak ada salah pun. Inilah minda lelaki sekarang ni, cakap main lepas je. Cubalah bertapis sikit.
Amit : Sebenarnya aku benci tengok blog jantan berbunga ni, macamlah kaum perempuan. Nak berbunga-bunga. GELILAH AKU tengok.
Man : Aik Mit, mulut tu jaga sikit. Terluka tahu hati dan perasaan aku kau cakap macam tu. Kau buat aku lemah semangat nak berblogging ni.
Amit : Ala Man, baru gurau senda sedikit, nak merajuk. Lagilah aku naik geli. Mari Man tengok blog aku pula.
Man : Mak oi, berbunganya ada pula kaler pinknya. Amit amit...
Man dan Amit tergelak besar... 

Pesan Mil : 

Sebenarnya, Mil buat entri ini sebabnya terbaca status facebook seorang sahabat blogger yang agak pedas kata-katanya: “Apasal blogger lelaki nak bajet kiut miut kat sini. GELI tahu? Rasa nak terberak tengok blog ko tuh. #SapeMakanCiliDiaRasaPedas." Tak pastilah ditujukan kepada siapa. Tapi sebenarnya mil terasa juga, sebab mil memang suka hias blog mil, walaupun bukanlah jenis yang berbunga-bunga. Sebab munasabahnya, kuliah yang akan datang, memerlukan mil untuk memahami coding website, jadi mil jadikan panduan asas dengan blog.

          Berbalik pada cerita asal, kalau kita nak sampaikan sesuatu bentuk nasihat dan pesan kenalah bertapis, lagi-lagi kalau tempat yang disampaikan itu umum. Sebabnya, bukan semua orang suka dengan apa yang kita katakan itu. Mungkin sahaja akan membuat orang lain tersinggung. Ya, memang benar kalau itu penggunaan bahasa harian kita, tapi tak salahkan kalau nak sampaikan dalam bahasa yang agak lembut untuk memberi nasihat dan menegur. Bukankah budi bahasa itu budaya kita?.

Think it, use it ^^ Jangan Simpan

39 Orang Pengkritik:

;