Soalan Pandai


Pernah tak alami keadaaan  yang SEBIJI dengan situasi dibawah?.
***
Baru habis mandi dengan basahnya, tapi Si S masih nak tanya :
S: Baru habis mandi?
J: Taklah, baru jatuh dalam lubang jamban tadi.(Jawab dengan cool)

***
Tengah bediri dalam lift di tingkat paling bawah tapi masih ditanya juga:
S: Going up kah?
J: Eh taklah, tunggu apartment aku turun ke bawah.(Jawab sambil senyum)

***
Boyfren datang rumah bawa bunga. Dia dah tahu, Tapi hmmmmmm:
S: Eeeh,bunga ke tu sayang?
B: Taklah Ling. Paku-pakis sama kubis.(Jawab sambil kenyit mata)

***
Dalam tandas sedang melabur saham, tetiba ada orang tanya:
S: Ada orang dalam tandas?
J: (Suara Kiut)taklah bang! Najis yang bercakap nie.
Kalau situasi di atas kira masih ok kot?. Mungkin sebabnya ia sinonim dengan budaya melayu kita tapi bagaimana pula dengan situasi lain?. Maksud mil di sini situasi yang lebih berbentuk formal. Mungkin tak ok kan?. Boleh dikatakan pepatahnya, sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Mereka bertanya dan mahukan jawapan pada soalan yang diberikan, tapi hakikatnya, soalan mereka itulah jawapan dan hasilnya.

Rasanya, kalau hanya sekadar bertanyakan soalan tanpa sebarang kesedaran mungkin ianya hanya membuatkan orang lain berasa kurang selesa dan agak menyampah. Sebaik-baiknya berusaha dan belajar sebelum mengeluarkan sebarang soalan agar soalan yang dikeluarkan itu adalah bernas bukannya soalan PANDAI.

Think it, Use it ^^ Jangan simpan.


58 Orang Pengkritik:

;